Friday, April 19

Blog

Wanita perkasa dengan marathon tazkirah
Gaya Hidup

Wanita perkasa dengan marathon tazkirah

Marathon Tazkirah 24 Jam sempena sambutan Hari Wanita bertema Melahirkan Wanita Madrasah Utama Ummah hari ini, 8 Mac, membicarakan pelbagai topik bermanfaat mencakupi dunia dan kehidupan wanita. Barisan asatizah yang mengambil bahagian dalam Marathon Tazkirah 24 Jam sempena Hari Wanita 2021. Acara julung kali diadakan seumpamanya itu anjuran Dari Wanita Untuk Wanita, mengenengahkan 27 asatizah yang berbicara secara terus-menerus dan berkomunikasi secara langsung dengan pengunjung muka buku selama 24 jam. Antara yang menarik perhatian ialah mengenai darah wanita (darah haid) dan siapakah yang perlu memberi perhatian terhadap situasi berkenaan, sama ada suami atau isteri sendiri, yang diperkatakan oleh Ustazah Ayu Suhana. Banyak topik menarik diutarakan pada marathon sempena Har...
Wagashi terlebih cantik sayang nak makan
Makan2Makan

Wagashi terlebih cantik sayang nak makan

Manisan lazim dijadikan pemanis mulut tetamu yang datang berkunjung ke rumah sama ada ketika majlis berlangsung atau pada hari-hari biasa. Tidak keterlaluan dikatakan manisan juga menjadi kegemaran semua tanpa mengira faktor usia atau bangsa sekalipun. Manisan kecil comel ini buat kita fikir banyak kali untuk makan. Foto: Arkib Zona Suri. Dalam masyarakat Jepun, wagashi adalah antara manisan tradisional yang dihasilkan mengikut musim di negara matahari terbit itu. Dihasilkan daripada pes kacang putih dan kacang merah, makanan comel itu ditempa dengan cukup berhati-hati dan halus seni buatannya. Wagashi dihasilkan Doris ketika bengkel berlangsung. Foto: Arkib Zona Suri Pembuat wagashi, Doris  Lam Swee Li, berkata beliau memilih wagashi untuk dipelajari kerana sangat ...
Kebun tepi rumah bawa keceriaan
Gaya Hidup

Kebun tepi rumah bawa keceriaan

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memanfaatkan masa dan bagi Rosnida Othman dan suami, Dr Mohd Azlan Mis, halaman sisi rumah adalah tempat terbaik untuk mereka bergabung tenaga mengisi masa dengan cara sihat. Rak tanaman tersusun rapi di bahagian tepi rumah. Kredit Foto: Dr Azlan Mis. Minat bercucuk tanam sejak muda, kedua-duanya sepakat menjadikan halaman tepi rumah sebagai kebun sayur mini atau taman bunga selain berbasikal setiap pagi sekiranya berkesempatan. Rosnida memulakan hobi bercucuk-taam sejak lima tahun lalu. Kredit foto: Dr Azlan Mis. Memulakan hobi menanam sejak lima tahun lalu, Rosnida hanya bermula dengan beberapa jenis pokok seperti sawi dan pak choy yang kesemuanya ditanam di dalam botol plastik yang dikitar semula. “Setelah beberapa lama, saya dan suami...
Serum Susuk untuk kecantikan wajah
Citra Cantik

Serum Susuk untuk kecantikan wajah

Serum adalah produk kecantikan yang dianggap sebagai bahan pelengkap untuk penjagaan kulit wajah agar tampak muda dan lambat dimamah usia. Kebiasaannya, serum dioles pada kulit wajah selepas penggunaan penyegar dan kemudian diikuti oleh pelembap serta krim siang atau krim malam. Serum Susuk menjadikan kulit tampak remaja. Kredit foto: puremade.com Serum juga adalah cecair bersifat ringan yang diformulasi dengan bahan tertentu agar cepat meresap ke dalam kulit. Serum Susuk diperkenalkan Puremade antaranya mengandungi bahan bermanfaat untuk kulit seperti vitamin C, herba Wilow, zaitun, niacinamide, asid hyaluronik, which hazel, Japanese Blood Grass dan bahan pelembat 24TM. Serum Susuk sesuai untuk semua jenis kulit. Pengasas bersama Puremade, Shamira Abdullah, berkata ser...
Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih
i-Sihat

Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih

Sebagaimana kulit wajah yang menjadi keutamaan dalam penjagaan harian, gigi juga adalah antara perkara penting yang perlu dijaga. Jangan fikir apabila melihat gigi tersusun cantik bak mutiara, ia bebas daripada sebarang masalah atau kerosakan. Berus kecil yang boleh didapati dalam pelbagai warna ini berfungsi membersikan gigi hingga ke bahagian yang paling dalam (gambar hiasan). Kredit foto: Lazada.com Ini kerana bakteria yang ada di dalam mulut akan bertindak merosakkan tulang gigi seterusnya akan berlaku kerosakan yang lebih teruk terhadap gigi. Keadaan itu boleh menyebabkan nafas berbau, gigi dan gusi juga akan terjejas teruk. Doktor Nur Ayman Ab Haei dari klinik pergigian di Ampang, berkata ada banyak alat permbersih gigi yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerosakan ...
Mikroalga bantu alami penuaan secara sihat, tiada penyakit
i-Sihat

Mikroalga bantu alami penuaan secara sihat, tiada penyakit

Penting bagi setiap individu melindungi diri daripada tekanan oksidatif yang disebakan radikal bebas  yang ada di dalam sel tubuh badan kerana radikal bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Antara penyakit kronik berpunca daripada radikal bebas adalah seperti barah, kencing manis, Alzhemeir dan penyakit berkaitan kardiovaskular. Radikal bebas dalam sel badan juga akan menyebabkan berlakunya kerosakan sel, protein dan DNA tubuh badan manusia. Prof Arbakariya (kiri) dan Lee Bin Hao ketika ditemui usai majlis berkenaan. Foto: Arkib Zona Suri. Sehubungan itu, antioksidan diperlukan oleh setiap individu bagi mengelakkan badan berhadapan masalah yang membawa kepada penuaan pramatang termasuklah faktor yang lebih memburukkan lagi tahap kesihatan seperti gaya hidup, te...
Cold V bantu kulit tegang
Ekstra Feminin

Cold V bantu kulit tegang

Bayangkan jika anda memiliki badan ramping dan menjalani diet seimbang, tetapi kulit pada bahagian bawah lengan menggeleber akibat penurunan berat badan. MInyak kelapa baik untuk kulit. Kredit foto: klikdokter.com Lebih memburukkan keadaan, kulit pada bahagian bawah perut  juga  menjadi lembik dan mengendur disebabkan kesan sama, iaitu penurunan berat badan yang tidak disertai senaman atau latihan fizikal. Sehubungan itu, pastikan senaman membabitkan pergerakan fizikal dilakukan bagi mengelakkan kulit pada bahagian tertentu anggota badan tidak kelihatan buruk. Namun begitu, mungkin ada antara kita tidak mempunyai kesempatan untuk melakukan senaman fizikal bagi mengelakkan kulit pada bahagian tertentu badan mengendur. Krim sejuk daripada ekstrak bahan alami ini diy...
Nama bayi lelaki Puteri Eugenie masih jadi tanda tanya
Gaya Hidup

Nama bayi lelaki Puteri Eugenie masih jadi tanda tanya

Kelahiran bayi sulung Puteri Eugenie dan suami, Jack Brooksbank menjadi bualan dan tumpuan ramai kerana bayi lelaki berkenaan masih lagi tidak bernama. Bukan satu atau dua, malah berderet nama yang diramalkan bakal diberikan kepada cicit Ratu Elizabet dan Putera Phillips itu yang cukup sinonim dengan takhta diraja Inggeris. Puteri Eugenie ketika majlis perkahwinannya dengan Jack Brooksbank di gereja St George, Windsor Castle, Windsor, Britain. Kredit foto: Danny Lawson/Pool via REUTERS Nampak gayanya, apa sahaja berita atau peristiwa yang berlaku di dalam kalangan keluarga di raja Britain akan menjadi perhatian masyarakat seluruh dunia baik cerita mengenai menantu atau anak Ratu Elizabeth. Puteri Eugenie adalah anak kepada Ducches of York, Sarah Ferguson dengan Putera Andrew ...
UUM bantu calon SPM di 5 sekolah menerusi Klinik SPM
Zona Didik

UUM bantu calon SPM di 5 sekolah menerusi Klinik SPM

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan Klinik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khusus untuk lima sekolah di sekitar Kedah dan Perlis dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (KPM) dan Zona Didik secara dalam talian, baru-baru ini. Seramai 230 calon SPM daripada lima sekolah terpilih mengikuti Klinik SPM kendalian Zona Didik yang diadakan secara Google Meet selama dua hari bermula 4 Oktober 2020. Pengetua SMK Pulau Nyior, Ku Azizan Ku Othman, berkata program amal UUM itu amat dialu-alukan kerana dapat membantu meningkatkan pencapaian calon SPM daripada keluarga berpendapatan rendah (B40). Pengetua SMK Syed Saffi, Ku Azizan turut hadir menyaksikan sesi pengajaran secara dalam talian dijalankan. (Gambar Samsudin Oli Mohamed) “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepa...
Tangani diabetes secara berkesan dengan Glucerna
i-Sihat

Tangani diabetes secara berkesan dengan Glucerna

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan peningkatan mendadak jumlah pesakit diabetes di Malaysia yang berusia lebih 18 tahun, iaitu daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019. Bubur oat Glucerna boleh dinikmati tanpa perlu risau glukos di dalam darah. Gambar: Arkib Zona Suri. Angka berkenaan menunjukkan diabetes antara penyakit yang disebabkan oleh amalan gaya hidup tidak sihat yang wajar ditangani segera sekiranya tidak mahu hidup terjejas disebabkan penyakit berkenaan. Diabetes berlaku apabila insulin dalam badan tidak dapat mengawal atau menurunkan tahap glukos yang tinggi di dalam darah seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit lain muncul sekiranya tidak ditangani dengan berkesan. Oktober lalu, Abbott telah menjalankan satu ti...