Thursday, March 28

Makan2Makan

Daging salai masak lemak cili padi undang selera makan
Makan2Makan

Daging salai masak lemak cili padi undang selera makan

Masakan Negeri Sembilan atau disebut Nismilan sentiasa mengingatkan kita kepada kepedasan yang boleh membuatkan telinga berdesing kerana terlalu pedas, namun semakin pedas semakin sedap pula rasanya. Daging salai masak lemak cili padi boleh membuatkan selera bertambah. Foto: Zona Suri. Benarlah kata sesetengah individu ‘pedas’ sentiasa mengundang selera makan sehingga kadang kala terlupa sudah dua kali nasi ditambah ke dalam pinggan. Paling menarik perhatian mengenai masakan Nismilan ialah bawang bukan bahan utama jika ingin menyediakan menu daging salai masak lemak cili padi dan ada juga yang memilih menggunakan ikan keli salai. Hakikatnya, walaupun tiada bawang dan hanya memerlukan empat bahan utama, iaitu santan, serai, cili padi dan kunyit, menu berkenaan tetap berjaya men...
Nasi punten sesuai untuk menurunkan berat badan?
Makan2Makan

Nasi punten sesuai untuk menurunkan berat badan?

Nasi punten hijau kegemaran Aslinda dan keluarga. KUALA LUMPUR: Nasi atau karbohidrat (karbo) sering dianggap sebagai musuh utama bagi individu yang ingin mengawal berat badan kerana karbo juga mengandungi gula yang akan membuatkan badan menjadi cepat gemuk. Memandangkan nasi mengandungi karbo yang tinggi, ramai menolak hidangan nasi dalam usaha menurunkan berat badan dan menggantikannya dengan melebihkan hidangan serat serta protein. Lebih menyukarkan keadaan, ada individu tidak boleh meninggalkan hidangan nasi dan perlu mengambilnya setiap hari walaupun mengetahui nasi adalah sumber karbo yang berupaya menjadikan berat badan naik. Dalam carta pengambilan makanan sihat seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Suku Suku Separuh, sama nilainya dengan suku (nasi), s...
Skon beri biru sesuai untuk minum petang
Makan2Makan

Skon beri biru sesuai untuk minum petang

DAMANSARA: Beri biru bukan sahaja enak dimakan mentah atau dijadikan salad buah-buahan, buah berwarna ungu pekat itu juga sering menjadi antara bahan penting dalam pembuatan skon atau kek. Chef Selebriti yang juga pengasas SukaSucre Bistro, Chef Datuk Fazley Yaakob berkata, beliau sudah mengenali beri biru sejak kecil ketika kedua-dua ibu bapa menetap di New Zealand lebih 30 tahun lalu. Chef Datuk Fazley Yaakob bersama skon beri biru yang dihasilkan dengan menggunakan beri biru US Highbush. Foto: Arkib Zona Suri. “Ketika itu, arwah bapa menuntut di sana dan saya sudah terdedah dengan buah beri yang boleh dimakan begitu sahaja, malah dengan khasiat yang dimilikinya, beri biru antara buah yang enak untuk dimasukkan ke dalam salad. “Saya juga membawa beri biru ketika mendaki Gunu...
Jumlah kalori dan lemak berbeza bagi setiap bahagian potongan ayam
Makan2Makan

Jumlah kalori dan lemak berbeza bagi setiap bahagian potongan ayam

Ramai gemar memilih paha ayam atau kepak ayam terutama apabila digoreng atau dibakar kerana dikatakan lebih rangup dan lembut. Tidak kurang juga yang menggemari dada ayam kerana lebih banyak daging, manakala kaki ayam yang dibasuh bersih dan dimasak sup atau kari juga mempunyai peminat tersendiri khususnya di Korea Selatan. Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi akaun Facebook Nutritionist Perak, paha ayam bukan sahaja mengandungi tinggi lemak, tetapi juga kalori. “Bahagian paha ayam atau lebih dikenali sebagai chicken drumstick dan bahagian atas paha ayam (chicken thigh) adalah bahagian yang mengandungi tinggi lemak iaitu 13.1 g. “Lemak pada bahagian ini diperoleh daripada kulit yang melapisinya, justeru pengguna dikehendaki berhati-hati ji...