Thursday, April 25

Tag: zona suri

4 cara mudah elak bibir merekah, menggelupas
Citra Cantik

4 cara mudah elak bibir merekah, menggelupas

Cuaca panas biasanya akan menyebabkan tekak haus dan badan mengalami kekurangan air, namun bagi individu yang berkerja di dalam ruang yang sejuk dengan pendingin hawa, mereka mungkin kurang mengalami rasa haus atau dahaga. Apabila bibir sihat, senyum juga menawan - gambar hiasan. Foto kredit: Brillio.net. Bagaimanapun, sama ada haus atau tidak, badan memerlukan air yang cukup agar keseluruhan organ di dalam tubuh dapat berfungsi dengan baik sekali gus mengelakkan kita jatuh sakit. Mungkin ramai menganggap bibir mengelupas adalah perkara biasa dan tidak perlu diberi perhatian atau difikirkan dengan lebih mendalam kenapa keadaan itu berlaku, lantas tangan juga laju menarik kuping yang ada pada bibir. Jangan kerana memikirkan kuping itu tidak akan membawa masalah, anda silap kera...
Daging salai masak lemak cili padi undang selera makan
Makan2Makan

Daging salai masak lemak cili padi undang selera makan

Masakan Negeri Sembilan atau disebut Nismilan sentiasa mengingatkan kita kepada kepedasan yang boleh membuatkan telinga berdesing kerana terlalu pedas, namun semakin pedas semakin sedap pula rasanya. Daging salai masak lemak cili padi boleh membuatkan selera bertambah. Foto: Zona Suri. Benarlah kata sesetengah individu ‘pedas’ sentiasa mengundang selera makan sehingga kadang kala terlupa sudah dua kali nasi ditambah ke dalam pinggan. Paling menarik perhatian mengenai masakan Nismilan ialah bawang bukan bahan utama jika ingin menyediakan menu daging salai masak lemak cili padi dan ada juga yang memilih menggunakan ikan keli salai. Hakikatnya, walaupun tiada bawang dan hanya memerlukan empat bahan utama, iaitu santan, serai, cili padi dan kunyit, menu berkenaan tetap berjaya men...
Maggi Sah Malaysia, mengimbau kenangan menerusi makanan
Gaya Hidup

Maggi Sah Malaysia, mengimbau kenangan menerusi makanan

KUANG: MAGGI® mendorong rakyat Malaysia berkongsi semangat membantu mereka yang memerlukan sekali gus mengetengahkan kecekalan mereka yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan menerusi makanan. Geeta dan Juan ketika melancarkan Kempen Maggi Sah Malaysia, di Kuang. Foto: Zona Suri. Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia Berhad), Geetha Balakrishna berkata, masakan adalah sebahagian elemen penting dalam kehidupan rakyat Malaysia dan MAGGI berbangga kerana berpeluang menyokong selama hampir 50 tahun dalam menyediakan sajian makanan sendiri yang enak dan seimbang. “Hampir semua orang mempunyai memori MAGGI® yang boleh dikongsi bersama, sama ada sajian pertama yang mereka masak, sajian ringkas yang merapatkan hubungan dengan orang tersayang atau masakan rumah yang me...
Skon beri biru sesuai untuk minum petang
Makan2Makan

Skon beri biru sesuai untuk minum petang

DAMANSARA: Beri biru bukan sahaja enak dimakan mentah atau dijadikan salad buah-buahan, buah berwarna ungu pekat itu juga sering menjadi antara bahan penting dalam pembuatan skon atau kek. Chef Selebriti yang juga pengasas SukaSucre Bistro, Chef Datuk Fazley Yaakob berkata, beliau sudah mengenali beri biru sejak kecil ketika kedua-dua ibu bapa menetap di New Zealand lebih 30 tahun lalu. Chef Datuk Fazley Yaakob bersama skon beri biru yang dihasilkan dengan menggunakan beri biru US Highbush. Foto: Arkib Zona Suri. “Ketika itu, arwah bapa menuntut di sana dan saya sudah terdedah dengan buah beri yang boleh dimakan begitu sahaja, malah dengan khasiat yang dimilikinya, beri biru antara buah yang enak untuk dimasukkan ke dalam salad. “Saya juga membawa beri biru ketika mendaki Gunu...
Beli sepasang kasut Skechers pada harga RM1
Citra Cantik

Beli sepasang kasut Skechers pada harga RM1

KUALA LUMPUR: Jika ingin memilih kasut biar alah membeli, tapi menang memakai. Itulah kenyataan yang sesuai bagi menggambarkan himpunan baharu Skechers, jenama kasut terkenal yang digemari bukan sahaja kerana rekaannnya, tetapi juga inovasi dihasilkan. Khusus untuk peminat jenama terkenal itu, Skechers Malaysia kini menawarkan pembelian sepasang kasut pada harga RM1 bagi setiap pembelian sepasang kasut pertama. Tawaran istimewa itu hanya boleh didapati bermula 3 Julai 2020 sehingga 2 Ogos 2020 bagi kasut terpilih. Bagaimanapun tawaran itu tidak terpakai di cawangan Skechers di Genting Highlands Premium Outlets, Johor Premium Outlets, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Design Village Outlet Mall, Freeport A’Famosa Outlet, The Mines Shopping Mall, Cheras Leisure Mall, Elements Mall,...