Jenama tudung dikenali ramai, dUCk melancarkan koleksi tudung dan persalinan bermotif watak dihasilkan Disney pada koleksi Mickey Mouse I dUCK yang mana kerjasama ini juga adalah kerjasama yang ke-10 antara kedua-duanya.
Pengasas bersama Kumpulan dUCK, Vivy Yusof berkata sehingga hari ini beliau masih tidak percaya bahawa dUCK sudah berkolaborasi sembilan kali dengan Disney.
“Kami sangat teruja untuk membawa Mickey Mouse yang disayangi ke dalam medium rekaan dUCk dan setiap satu koleksi mencabar pasukan kami untuk membawa sesuatu yang baharu kepada pelanggan.
“Koleksi Mickey Mouse I dUCk diilhamkan daripada filem pendek animasi Steamboat Willie yang juga dianggap sebagai debut Mickey Mouse,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.
Katanya, pasukannya juga tidak mahu mengehadkan sempadan kreativiti dengan meraikan watak yang paling hebat di dunia iaitu watak yang disayangi dalam rekabentuk dihasilkan.
“Apabila dUCk mengimpikan sesuatu, keajaiban besar berlaku dan kami amat berbangga kerana dUCk ialah jenama fesyen sederhana pertama di dunia bekerjasama dengan Disney.”
“Secara peribadi koleksi ini juga amat bermakna buat saya kerana saya menemui foto sendiri bertarikh 1992, pada usia lima tahun, dengan Mickey Mouse di Disneyland,” katanya.
Baginya, foto berkenaan melambangkan lebih daripada kenangan selain menunjukkan bahawa jika kita berani bermimpi dan bekerja ke arah matlamat berkenaan, impian boleh menjadi kenyataan.
Koleksi Mickey Mouse I dUCk dipenuhi dengan reka bentuk vintaj, membayangkan semula kemewahan dan glamor Roaring Twenties serta Zaman Jazz pada helaian ditawarkan iaitu Traffic Trouble, Just Mickey dan Jazz Fool (elemen gelap) manakala nuansa pastel pula, Blue Rhythm, Whoopee Party dan Mickey’s Follies.
Lebih mengujakan, dalam setiap reka bentuk, terdapat lebih daripada seratus lambang ‘tikus’ yang tersembunyi pada komposisi visual sekali gus anda akan mempunyai masa yang menyeronokkan mencari mereka semua!
Tudung boleh didapati dalam bentuk segi empat sama dan diperbuat daripada satin sutera kegemaran peminat dUCk.
Koleksi sedia pakai Mickey Mouse I dUCk pula kekal sebagai koleksi DNA glamor, dengan Glitzy dan Dazzle Jumper yang menampilkan imej Mickey Tetikus dan beraksen dengan kristal.
Mickey Mouse dipaparkan pada renda Baju Rianna dan Top Deco didatangkan dengan lengan gelembung dan mock turtleneck untuk mana-mana penggayaan mudah hijabi.
Himpunan sedia dipakai juga menyatukan gaya teras tandatangan dUCk dengan elemen dan palet warna yang diinspirasikan oleh Mickey Mouse dgan baju Trim Pleated klasik jenama kini didatangkan dalam nuansa Aubergine, Gold dan Tar.
Tudung Mickey Mouse | dUCk berharga RM350 sehelai manakala himpunan siap pakai berharga antara RM300 dan RM350, boleh didapati di semua kedai dUCk sehingga stok masih ada.