Friday, September 29

Citra Cantik

dUCk suntik budaya kopitiam sempena Merdeka!
Citra Cantik

dUCk suntik budaya kopitiam sempena Merdeka!

Budaya minum kopi atau sarapan di kedai kopi (kopitiam) bukan asing di negara ini kerana situasi berkenaan telah lama berakar umbi dalam masyarakat di Malaysia. Kopitiam juga menjadi lokasi  yang menyatukan pelbagai bangsa menerusi pilihan makanan sarapan pagi seperti roti bakar, telur masak separuh,  teh tarik mahupun kopi susu serta pelbagai jenis miuman lain. The Malaysia dUCK menampilkan koleksi berasaskan budaya kopitiam. Gambar ihsan dUCK. Sehubungan itu, jenama dikenali ramai, dUCK mengambil  senario budaya sarapan di kopitiam sebagai teras koleksi The Malaysia dUCK yang dilancarkan sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-66. Pengasas bersama Kumpulan dUCk, Vivy Yusof berkata, The Malaysia dUCk adalah  koleksi yang sangat istimewa kerana ada kaitan dengan hari bermakn...
Duopharma manfaatkan vitamin C untuk kecantikan
Citra Cantik

Duopharma manfaatkan vitamin C untuk kecantikan

Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) baru-baru ini melancarkan rangkaian Flavettes NutriSkincare bertujuan memperluaskan lagi portfolio penjagaan kesihatan penggunanya ke dalam segmen kesihatan dan kecantikan melalui jenama mantap Flavettes. Leonard Ariff Abdul Shatar (kanan) dan Wany Hasrita (tengah) pada majlis pelancaran Flavettes NutriSkincare di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata dengan menggunakan slogan “Be Seri-Seri Inside Out,” rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu ini dibangun bersandarkan populariti produk Vitamin C dalam bentuk tablet. “Flavettes NutriSkincare membantu melindungi kulit, memerangi radikal bebas, membaiki sel kulit yang rosak dan mengekalkan penghidratan sel untuk kulit yang tegang, ce...
Emina tangani masalah kulit remaja
Citra Cantik

Emina tangani masalah kulit remaja

Penjagaan kulit wajah wajar dilakukan sejak daripada usia muda, namun remaja perlu tahu produk bagaimanakah yang sesuai dengan kulit wajah mereka. Emina diformula khusus untuk kulit remaja. Ketua Kumpulan Emina Cosmetics, Clarissa A Gunawan, berkata jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk remaja, Emina, telah memasuki pasaran Malaysia dengan beberapa produknya kini boleh didapati secara eksklusif di Shopee. Direka untuk menjadi sahabat kecantikan gadis, produk penjagaan kulit dan kosmetik itu direka dan dirumus khusus untuk memenuhi keperluan kulit remaja serta kehendak kehidupan remaja. Emina ditawarkan untuk remaja yang mementingkan kecantikan kulit wajah. "Emina meletakkan dirinya sebagai satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk gadis remaja k...
Manjakan Diri Anda Dengan Bahan Alami
Citra Cantik

Manjakan Diri Anda Dengan Bahan Alami

Minyak kelapa dara terkenal dengan manfaat kaya antioksidan dan dikatakan berupaya melambatkan proses penuaan pada kulit menyebabkan bahan berkenaan sering menjadi pilihan dalam pembuatan kosmetik. Dermoseries diperkaya dengan bahan semula jadi seperti ekstrak soya dan kelapa dara. DR IRMA Dermoseries (Dermoseries), turut mengambil kebaikan minyak kelapa dara dengan menjadikannya sebagai bahan utama dalam pembuatan bahan penjagaan kulit wanita. Pengasas DR. IRMA, Dr Irma Shida Abu Samah merupakan doktor gigi bertauliah yang mempunyai sebuah klinik pergigian di Johor. Pengasas Dermoseries, Dr Irma Shida Abu Samah berkata minyak kelapa dara dan biji soya adalah antara bahan utama dalam pembuatan bahan penjagaan kulit yang diformulasikan beliau dan tidak mengandungi bahan berbaha...
Habib rai kemerdekaan negara dengan metafora Rama-rama
Citra Cantik

Habib rai kemerdekaan negara dengan metafora Rama-rama

Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-64 pada 31 Ogos lalu, saudagar emas Habib mengambil metafora rama-rama sebagai meraikan hari penuh makna negara ini. Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Sri Meer Habib, bersama lukisan dihasilkan Najib. Kempen menerusi metafora rama-rama dinamakan Keindahan Merdeka itu mencerminkan harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Sri Meer Habib, berkata pandemik Covid-19  memberi impak besar kepada negara dan seharusnya membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan.’ Wang kemas dihasilkan Habib untuk metafora rama-rama sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-64. “Kita semua terpaksa berkurung d...
Serum Susuk untuk kecantikan wajah
Citra Cantik

Serum Susuk untuk kecantikan wajah

Serum adalah produk kecantikan yang dianggap sebagai bahan pelengkap untuk penjagaan kulit wajah agar tampak muda dan lambat dimamah usia. Kebiasaannya, serum dioles pada kulit wajah selepas penggunaan penyegar dan kemudian diikuti oleh pelembap serta krim siang atau krim malam. Serum Susuk menjadikan kulit tampak remaja. Kredit foto: puremade.com Serum juga adalah cecair bersifat ringan yang diformulasi dengan bahan tertentu agar cepat meresap ke dalam kulit. Serum Susuk diperkenalkan Puremade antaranya mengandungi bahan bermanfaat untuk kulit seperti vitamin C, herba Wilow, zaitun, niacinamide, asid hyaluronik, which hazel, Japanese Blood Grass dan bahan pelembat 24TM. Serum Susuk sesuai untuk semua jenis kulit. Pengasas bersama Puremade, Shamira Abdullah, berkata ser...
4 cara mudah elak bibir merekah, menggelupas
Citra Cantik

4 cara mudah elak bibir merekah, menggelupas

Cuaca panas biasanya akan menyebabkan tekak haus dan badan mengalami kekurangan air, namun bagi individu yang berkerja di dalam ruang yang sejuk dengan pendingin hawa, mereka mungkin kurang mengalami rasa haus atau dahaga. Apabila bibir sihat, senyum juga menawan - gambar hiasan. Foto kredit: Brillio.net. Bagaimanapun, sama ada haus atau tidak, badan memerlukan air yang cukup agar keseluruhan organ di dalam tubuh dapat berfungsi dengan baik sekali gus mengelakkan kita jatuh sakit. Mungkin ramai menganggap bibir mengelupas adalah perkara biasa dan tidak perlu diberi perhatian atau difikirkan dengan lebih mendalam kenapa keadaan itu berlaku, lantas tangan juga laju menarik kuping yang ada pada bibir. Jangan kerana memikirkan kuping itu tidak akan membawa masalah, anda silap kera...
Pelbagai jenis gaya aksesori cantik penyambung pelitup muka
Citra Cantik

Pelbagai jenis gaya aksesori cantik penyambung pelitup muka

Budaya norma baharu yang semakin serasi dengan masyarakat kini menyaksikan pelbagai fesyen pelitup muka dipakai setiap individu sejurus melangkah keluar dari kediaman untuk ke tempat kerja mahupun melakukan urusan harian. Tindakan berkenaan dilakukan bertujuan melindungi diri daripada jangkitan wabak COVID-19 selain penggunaan pelitup kini adalah wajib dan denda RM1,000 dikenakan pihak berkuasa sekiranya tidak memakai pelitup muka. Tidak hairanlah kini pelbagai fesyen pelitup muka dijual di pasaran, namun kebanyakannya ditawarkan dalam bentuk tali yang digantung di telinga, sekali gus menyukarkan pemakaian bagi wanita berhijab. Oleh itu, kini timbul pelbagai gaya penyambung pelitup muka (mask extension) di pasaran. Ada yang menggunakan bahan seperti getah atau plastik dan tidak kurang...
Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka
Citra Cantik

Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka

Datuk Seri Meer (lima dari kanan) menunjukkan syiling emas habis edisi terhad Merdeka. AMPANG: Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini, jenama barang kemas tempatan, Habib mengeluarkan syiling emas edisi terhad Merdeka seberat 0.2 gram yang direka khas oleh pereka jenama terkenal itu. Syiling edisi terhad itu dijual di semua cawangan Habib di seluruh negara pada harga serendah RM118 dan amat sesuai bagi pengumpul syiling yang ingin mengabadikan sambutan bulan Kemerdekaan ke-63 pada 2020 ini. Syilis emas edisi terhad Merdeka yang dikeluarkan Habib bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan 2020. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, berkata pelancaran syiling emas eksklusif di Habib itu amat bermakna bagi kumpulan Habib yang juga antara jenama tempatan pa...
Coli Fit Smart 2.0 Triumph ikut bentuk badan wanita
Citra Cantik

Coli Fit Smart 2.0 Triumph ikut bentuk badan wanita

Coli baharu Smart Fit Triumph memberi kelenturan sempurna apabila dipakai. (Gambar kredit Triumph) KUALA LUMPUR: Jenama pakaian dalam terkemuka, Triumph yang menjadi teman setia setiap wanita sejak 1886, memperkenalkan coli Fit Smart terbaharu yang dikenali sebagai Fit Smart 2.0. Produk itu yang mula berada di pasaran Ogos ini, dicipta berdasarkan keperluan wanita sepenuhnya terutama dengan sentuhan kewanitaan baharu seperti renda dan jahitan yang ditempa khas bagi menyokong dan mengikut bentuk tubuh. Rekaan unik itu adalah tanda pengenalan teknologi 4 Dimensi (4D) yang sinonim dengan Triumph bagi menjamin pemakaian lebih selesa dan sempurna. Selain itu, mangkuk coli busa regangan 4D turut digunakan untuk lebih keselesaan dan fleksibiliti. Coli tanpa dawai cita rasa wanita ...