Wednesday, June 10

i-Sihat

Penjagaan usus asas tingkat imunisasi kanak-kanak
i-Sihat

Penjagaan usus asas tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sihat, keadaan berkenaan turut mempengaruhi kesihatan badan. Bella Astilah (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Aptamil™ KID Synbio+ Science Café yang berlangsung di M Resort Hotel, Damansara, sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer) Penemuan baharu yang diterbitkan pada 2025 dalam European Journal of Clinical Nutrition (EJCN) menunjukkan bahawa gabungan sinbiotik tertentu yang mengandungi probiotik Bifidobacterium breve M-16V dan prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dapat membantu meningkatkan keseimbangan usus yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak kelahiran Czer berusia satu tahun ke atas. Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil, berkat...
Diet sebenar bermula di dalam minda
i-Sihat

Diet sebenar bermula di dalam minda

Diet menjadi perkataan paling kerap disebut dalam kalangan mereka yang mementingkan kesihatan ataupun dalam kehidupan individu yang mahu menurunkan berat badan atas sebab tertentu. Sama ada disedari atau tidak, pelbagai interpretasi mengenai diet dipraktikkan oleh individu berdasarkan apa yang dibaca, disarankan oleh pengendali yang menawarkan program diet mahupun jurulatih kecergasan seluruh negara. Kawal minda untuk memastikan diet berkesan. Kenyataannya, terpulang kepada diri masing-masing bagaimana mahu mencorakkan kesihatan diri untuk masa depan yang lebih ceria, sihat, bebas penyakit dan tidak obes. Pegawai Psikologi dan Kaunselor Berdaftar Klinik Kesihatan Malaysia, Amar Aimmullah Azizul berkata, diet boleh diterjemahkan sebagai satu disiplin yang bermula di minda dan b...
Pertolongan cemas asas wajar dipelajari demi orang tersayang
i-Sihat

Pertolongan cemas asas wajar dipelajari demi orang tersayang

Pertolongan cemas asas (Basic Life Support - BLS) sering dipandang remeh dan tidak ramai yang mengambil langkah positif untuk belajar mengenai prosedur ini bagi persediaan menyelamatkan orang  tersayang atau sesiapa sahaja di sekeliling anda. BLS yang dianggap paling asas ialah bantuan pernafasan mulut ke mulut atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) di mana langkah berkenaan kelihatan mudah, namun kenyataannya ada langkah khusus yang perlu diberi penekanan bagi menjamin mutu CPR yang dilakukan. Dr Pak JunWee. Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Pak Jun Wee, berkata apabila berlaku kes kecemasan di rumah, ahli keluarga tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan mangsa dan sebaliknya bertindak menelefon ambulan dan menunggu sahaja. “Lebih menyukarkan keadaan...
Amway komited tangani sel penuaan cara fitonutrien dan mikrobiom usus
i-Sihat

Amway komited tangani sel penuaan cara fitonutrien dan mikrobiom usus

Usia persaraan dinanti oleh hampir semua individu dengan impian untuk menikmati hidup sihat bersama pasangan, anak dan cucu mahupun sahabat handai serta berpeluang melalui percutian yang menggembirakan. Sehubungan itu untuk mendapatkan usia tua yang sihat, penggemblengan usaha ke arah memperoleh kehidupan cemerlang perlu dilakukan sejak awal dan tidak pernah terlambat untuk kesihatan yang menceriakan. Dari kiri - Mike, Jason dan Dr Syam di forum ringkas mengenai penjagaan kesihatan dari dalam menerusi pengambilan buah-buahan secara sihat. Pengarah Urusan Amway  Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina, Mike Duong berkata Amway secara global sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap kesihatan manusia menerusi kebolehupayaan yang ada pada pihaknya. "Sejak 50 tah...
Hansaplast perkasakan penjagaan luka dengan penyembuhan optimum
i-Sihat

Hansaplast perkasakan penjagaan luka dengan penyembuhan optimum

Kajian menunjukkan 91 peratus pesakit yang menjalani prosedur pembedahan rutin mahukan parut yang terhasil mudah ditangani dan tidak begitu meninggalkan kesan buruk pada kulit. Produk Hansaplast yang memperkasakan ramai pengguna menangani kecederaan seperti luka dan dan kesan pembedahan. Sehubungan itu, Hansaplast, jenama tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Malaysia malah seluruh dunia dalam menangani kesan luka, melecur atau terbakar memperkenalkan plaster pengurang parut untuk memperkasakan orang ramai menangani kesan berkenaan. Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr Christopher Vierhaus, berkata sebagai pakar terkemuka dalam penjagaan luka, pihaknya berpegang teguh pada komitmen jenama, ‘Kami Melindungi Anda. Untuk Kehidupan Tanpa Gangguan.’ “Daripad...
Prince Court cetus suasana seperti rumah sendiri ketika terima rawatan
i-Sihat

Prince Court cetus suasana seperti rumah sendiri ketika terima rawatan

Ramai menganggap hospital atau pusat perubatan ialah satu kawasan yang tidak selesa serta tidak menyenangkan lantaran senario ‘pesakit’ atau ‘doktor’ yang akan sentiasa lalu lintas di hadapan muka kala menunggu rawatan. Lebih parah, ada yang menganggap hospital adalah kawasan larangan atau kawasan tertentu selain amat tidak menyelesakan walaupun hospital sebenarnya adalah lokasi selamat. Pengamal media diraikan pada acara An Immersive Metaverse Journey ajuran Prince Court Medical Center, baru-baru ini. Sehubungan itu, pusat perubatan Prince Court baru-baru ini mengundang sekumpulam pengamal media untuk meneroka kemudahan dan keselesaan ketika mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan. Program dinamakan Quality Patient Care and Advanced Technology Through  An Immersive M...
Jangan pandang remeh bila muncul ruam warna perak, abu-abu menebal pada kulit
i-Sihat

Jangan pandang remeh bila muncul ruam warna perak, abu-abu menebal pada kulit

Psoriasis artritis adalah (PsA) penyakit autoimun yang bermaksud sistem imun secara keliru menyerang tisu yang sihat, menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi. Pakar Perubatan Dalaman (Internal Medicine) Hospital Gleaneagles Pulau Pinang, Dr Ng Seow Ching, berkata PsA juga dikenali sebagai radang sendi yang ada kaitan dengan penyakit kulit psoriasis di mana keadaan kulit kronik yang dicirikan oleh bintik-bintik kulit merah, terbakar yang ditutupi dengan skala perak. Dr Ng Seow Ching Katanya, keadaan ini memberi kesan kepada kedua-dua kulit dan sendi, yang membawa kepada pelbagai gejala atau dalam erti kata lain,  penyakit ini juga adalah sejenis radang sendi yang terjadi pada mana-mana bahagian tubuh termasuk jari-jari tangan, tulang belakang, lutut, pergelangan tangan dan...
Strok haba ancam kesihatan diri
i-Sihat

Strok haba ancam kesihatan diri

Cuaca panas yang melanda negara kini boleh mendatangkan pelbagai kesan tidak baik terhadap kesihatan diri seperti sakit tekak, batuk dan demam sekiranya badan tidak cukup air. Cuaca panas memberi kesan tidak baik kepada kesihatan diri (gambar hiasan). Lebih membimbangkan, antara ancaman merbahaya lain yang bakal dihadapi sekiranya badan berhadapan cauca panas melampau ialah strok haba yang boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kesihatan. Pegawai Perubatan, Jabatan Kemalangan dan Bahagian Kecemasan Hospital Pantai Sungai Petani, Dr. Nor Eliza Amira Zakaria berkata, strok haba bukan sahaja boleh berlaku kepada manusia tetapi juga kepada haiwan. Dr Nor Eliza Amira Zakaria Strok haba berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah Celcius atau lebih) akibat terded...
i-Sihat

Puasa tidak memudaratkan penghidap Diabetis

Dua perkara paling digeruni penghidap kencing manis atau Diabetik Melitus (DM) ialah peningkatan paras gula dalam darah sekiranya terlebih mengambil makanan tinggi karbohidrat dan hipoglisemia yang akan dialami sekiranya kekurangan gula dalan badan. Sehubungan itu, timbul kekeliruan bolehkah penghidap Diabetis berpuasa memandangkan mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh yang panjang yang mungkin boleh menyebabkan hipoglisemia dan bagaimana dengan pengambilan ubat yang boleh dilakukan sekiranya berpuasa? Dietitian Kanan, Hospital Pantai Sungai Petani, Norhayati Samsuddin berkata, ada cara tertentu yang boleh dilakukan oleh pesakit Diabetis bagi memastikan mereka tidak akan mengalami dua gejala yang disebutkan di atas. “Pesakit Diabetis perlu mengetahui berapa jumlah uba...
i-Sihat, Zona Didik

Kurma keju warnai manisan Ramadan

Kedatangan Ramadhan sentiasa dinanti oleh setiap muslim kerana Ramadhan adalah bulan beribadat, masa untuk meraih pahala selain memohon keampunan menerusi sedekah yang dilakukan pada bulan ini. Ramadhan juga lazim diimarahkan dengan solat terawikh selain ada juga yang mengambil peluang pulang ke pangkuan ibu bapa lebih awal untuk bersama-sama menjalani ibadah puasa di kampung. Bagaimanapun, ada juga yang menunggu kemunculan Ramadhan kerana beranggapan ketika inilah mereka berpeluang mencari kuih-muih klasik atau tradisional untuk juadah berbuka bersama keluarga dan rakan. Terkini, tular mengenai kurma yang diselitkan keju dan timbul perbahasan mengenai keaslian kurma dan manfaat keju terhadap idividu yang memakannya, sama ada membawa kesan baik atau buruk, tepuk dada tanya selera...