Friday, November 15

Tag: handmade

Genevieve hasilkan sabun sendiri demi tangani alahan kulit anak
Gaya Hidup

Genevieve hasilkan sabun sendiri demi tangani alahan kulit anak

Sekali pandang rupanya seperti kuih bingka, cantik dan menyelerakan serta dalam minda, terbayang-bayang bau aroma kuih berkenaan, namun kenyataannya ialah potongan sabun yang mempunya pelbagai khasiat. Jenama Relise_Oliver mungkin tidak begitu dikenali ramai, tapi apabila mengetahu akan bahan yang digunakan dalam proses pembuatannya, pasti ramai jatuh hati dan mahu memiliki lantaran kebaikan dalam kandungan sabun ini. Sabun daripada bahan alami dihasilkan Genevieve demi menangani masalah kulit dialami anak perempuannya. Lebih mengujakan, kewujudan sabun ini bertitik tolak daripada kasih sayang ibu terhadap anak yang mempunyai kulit sensitif serta berhadapan masalah eczema menyebabkan ibu yang dimaksudkan, Genevieve Wong, 45,  nekad mencari sumber terbaik bagi menangani cabar...
Latar hijau jadikan Atameme segar, damai
Makan2Makan

Latar hijau jadikan Atameme segar, damai

Apabila mengambil keputusan mengunjungi kafe, pelbagai faktor diambil kira selain makanan ditawarkan enak dan sedap, senario atau susun atur dalam kafe juga turut diberi perhatian. Ruang hadapan kaunter yang luas memudahkan pengunjung membuat pilihan bila mengunjungi Atameme. Adalah satu bonus sekiranya kafe dikunjungi mempunyai susun atur yang kemas, ruang luas yang memberi lebih kebebasan untuk bergerak mahupun beraktiviti sesama sendiri. Kafe Atameme mungkin tidak begitu dikenali ramai kerana agak jauh dari ibu kota, namun lokasinya tidak menghalang penulis mengunjungi kafe berkenaan lantaran tertarik dengan susun atur dan suasana damai di kafe berkenaan. Pengurus kafe Atameme, Muhammad Muslim Mustafa bersedia menunggu pengunjung yang ingin datang menikmati menu ditawarkan....