Saturday, April 27

Tag: Ratu Malaysia Universe 2020

Gadis Sarawak dinobat Ratu Malaysia Universe 2020
Ekstra Feminin

Gadis Sarawak dinobat Ratu Malaysia Universe 2020

KUALA LUMPUR: Kecantikan semula jadi, selain kepetahan dalam memberikan jawapan memberi kelebihan kepada gadis kelahiran Sarawak, Francisca Luhong apabila dinobatkan Ratu Malaysia Universe 2020 dalam majlis berprestij yang diadakan secara dalam talian, sebentar tadi. Dalam sesi soal jawab pada peringkat separuh akhir yang menyaksikan 11 peserta terpilih, gadis tinggi lampai itu antara segelintir peserta yang memberikan jawapan terbaik. Ketika menjawab soalan juri mengenai bagaimana cara untuk membantu golongan miskin, Francisca berkata, masyarakat perlu memahami golongan berkenaan bagi membolehkan bantuan bersesuaian diberikan. “Cara terbaik bagi membantu golongan miskin adalah dengan memahami dan bersedia untuk mendengar permasalahan mereka. Bukan hanya membantu dengan ...
Ratu Malaysia Universe 2019 sedia terima tawaran berlakon
Ekstra Feminin

Ratu Malaysia Universe 2019 sedia terima tawaran berlakon

Shweta akan mengakhiri tugasnya selaku Ratu Malaysia Universe 2019, September ini. KUALA LUMPUR: Ratu Malaysia Universe 2019, Shweta Sekhon tidak teragak-agak untuk menerima tawaran berlakon sekiranya skrip yang ditawarkan bersesuaian dengan dirinya. Shweta yang bakal mengakhiri tugas rasminya selaku ‘Duta Malaysia’ pada 5 September 2020 berkata, beliau bersedia untuk mencuba bidang lakonan bagi mencabar dirinya. “Ketika ini saya agak sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi selaku Ratu Malaysia Universe, tetapi selepas ini saya ingin mencuba pelbagai bidang termasuk lakonan. “Saya sedia mempertimbang tawaran dalam bidang itu jika ada watak yang bersesuaian, tetapi bidang ini sesuatu yang baharu bagi saya dan banyak yang perlu saya belajar,” kata wanita jelita ini ketika ditemui pa...
Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka
Citra Cantik

Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka

Datuk Seri Meer (lima dari kanan) menunjukkan syiling emas habis edisi terhad Merdeka. AMPANG: Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini, jenama barang kemas tempatan, Habib mengeluarkan syiling emas edisi terhad Merdeka seberat 0.2 gram yang direka khas oleh pereka jenama terkenal itu. Syiling edisi terhad itu dijual di semua cawangan Habib di seluruh negara pada harga serendah RM118 dan amat sesuai bagi pengumpul syiling yang ingin mengabadikan sambutan bulan Kemerdekaan ke-63 pada 2020 ini. Syilis emas edisi terhad Merdeka yang dikeluarkan Habib bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan 2020. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, berkata pelancaran syiling emas eksklusif di Habib itu amat bermakna bagi kumpulan Habib yang juga antara jenama tempatan pa...