Saturday, April 27

Tag: khasiat ayam

Jumlah kalori dan lemak berbeza bagi setiap bahagian potongan ayam
Makan2Makan

Jumlah kalori dan lemak berbeza bagi setiap bahagian potongan ayam

Ramai gemar memilih paha ayam atau kepak ayam terutama apabila digoreng atau dibakar kerana dikatakan lebih rangup dan lembut. Tidak kurang juga yang menggemari dada ayam kerana lebih banyak daging, manakala kaki ayam yang dibasuh bersih dan dimasak sup atau kari juga mempunyai peminat tersendiri khususnya di Korea Selatan. Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi akaun Facebook Nutritionist Perak, paha ayam bukan sahaja mengandungi tinggi lemak, tetapi juga kalori. “Bahagian paha ayam atau lebih dikenali sebagai chicken drumstick dan bahagian atas paha ayam (chicken thigh) adalah bahagian yang mengandungi tinggi lemak iaitu 13.1 g. “Lemak pada bahagian ini diperoleh daripada kulit yang melapisinya, justeru pengguna dikehendaki berhati-hati ji...