Saturday, April 27

Ekstra Feminin

Pakaian dalam, wanita bak sokongan dua beradik saling menyayangi
Ekstra Feminin

Pakaian dalam, wanita bak sokongan dua beradik saling menyayangi

Coli memainkan peranan penting terhadap penampilan wanita kerana selain mengekalkan bentuk payudara agar terletak elok, coli juga meningkatkan keyakinan diri wanita tanpa mengira situasi. Butik Triumph di Pavilion menawarkan koleksi coli menawan sempena Musim Bunga/Panas 2021. Foto; Triumph Malaysia. Triumph Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi Musim Bunga/Panas 2021 di butik terbaru di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Coli yang ditawarkan itu direka khusus dengan ciri yang mengambil kira potongan, bahan yang digunakan selain keselesaan yang bakal dinikmati ketika memakainya. Antaranya ialah Natural Elegance, mengenengahkan ciri rekaan tak lapuk dek zaman dan ikonik memaparkan sokongan optimum dengan jahitan berpadanan untuk mencipta lurah payudara secara semul...
Cold V bantu kulit tegang
Ekstra Feminin

Cold V bantu kulit tegang

Bayangkan jika anda memiliki badan ramping dan menjalani diet seimbang, tetapi kulit pada bahagian bawah lengan menggeleber akibat penurunan berat badan. MInyak kelapa baik untuk kulit. Kredit foto: klikdokter.com Lebih memburukkan keadaan, kulit pada bahagian bawah perut  juga  menjadi lembik dan mengendur disebabkan kesan sama, iaitu penurunan berat badan yang tidak disertai senaman atau latihan fizikal. Sehubungan itu, pastikan senaman membabitkan pergerakan fizikal dilakukan bagi mengelakkan kulit pada bahagian tertentu anggota badan tidak kelihatan buruk. Namun begitu, mungkin ada antara kita tidak mempunyai kesempatan untuk melakukan senaman fizikal bagi mengelakkan kulit pada bahagian tertentu badan mengendur. Krim sejuk daripada ekstrak bahan alami ini diy...
Datin Seri Zarida kongsi rahsia kekal cergas pada usia lewat 50-an
Ekstra Feminin

Datin Seri Zarida kongsi rahsia kekal cergas pada usia lewat 50-an

PUTRAJAYA: Kebanyakan wanita mulai memperlahankan aktiviti apabila menjelang usia 50-an, namun bagi Datin Seri Zarida Noordin yang cukup sinonim dengan jenama barang kemas terkenal, Habib, tiada istilah ‘berehat’ baginya. Beliau sering tampil menemani suaminya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, dalam pelbagai majlis atau promosi jenama tempatan itu yang melakar sejarah sebagai produk barangan kemas nombor satu Malaysia. Beliau berkata, puluhan tahun terbabit dalam perniagaan barang kemas, sekalipun tidak pernah terdetik di hatinya untuk berasa bosan kerana keadaan industri berkenaan yang sentiasa mengalami perubahan setiap masa. “Tiada masa untuk berehat kerana perniagaan ini bidang ini sentiasa mencabar, tetapi pada masa sama amat menyeronokkan. Saya...
Gadis Sarawak dinobat Ratu Malaysia Universe 2020
Ekstra Feminin

Gadis Sarawak dinobat Ratu Malaysia Universe 2020

KUALA LUMPUR: Kecantikan semula jadi, selain kepetahan dalam memberikan jawapan memberi kelebihan kepada gadis kelahiran Sarawak, Francisca Luhong apabila dinobatkan Ratu Malaysia Universe 2020 dalam majlis berprestij yang diadakan secara dalam talian, sebentar tadi. Dalam sesi soal jawab pada peringkat separuh akhir yang menyaksikan 11 peserta terpilih, gadis tinggi lampai itu antara segelintir peserta yang memberikan jawapan terbaik. Ketika menjawab soalan juri mengenai bagaimana cara untuk membantu golongan miskin, Francisca berkata, masyarakat perlu memahami golongan berkenaan bagi membolehkan bantuan bersesuaian diberikan. “Cara terbaik bagi membantu golongan miskin adalah dengan memahami dan bersedia untuk mendengar permasalahan mereka. Bukan hanya membantu dengan ...
Mira Filzah selamat diijab kabul dengan Wan Emir
Ekstra Feminin

Mira Filzah selamat diijab kabul dengan Wan Emir

Majlis pernikahan Mira Filzah dengan pasangannya, Wan Emir. (Kredit YouTube TV3)) KUALA LUMPUR: Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH ke-32),Mira Filzah, 27, selamat diijabkabulkan sebentar tadi dengan jejaka pilihannya, Wan Emir Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 di hadapan keluarga terdekat dan kira-kira 250 jemputan.   Selepas muncul bersama-sama buat pertama kali dengan jejaka berkenaan pada majlis resepsi Farah Nabilah, gossip mengenai majlis pernikahannya yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, bertiup kencang. Bagaimanapun, Mira Filzah mengakhiri teka-teki mengenai tarikh pernikahannya apabila mengesahkan akan mengakhiri zaman gadisnya dengan Wan Emir menerusi akaun Instagramnya jam 5 petang tadi. https://www.instagram.com/p/CEq5hy_...
Manisnya Aisha Amaira, iras wajah Fasha Sandha dan Aidil
Ekstra Feminin

Manisnya Aisha Amaira, iras wajah Fasha Sandha dan Aidil

Baru berusia sebulan, Aisha Amaira sudah pandai tersenyum. (Gambar kredit Instagram @fashasandha) Kuala Lumpur: Wajah comel anak ketiga pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz, 2020 kian mencuri tumpuan warganet apabila setiap hantaran mengenai Aisha dalam akaun Instagram peribadi Fasha mendapat ratusan ribu ‘Like’. Gambar bayi yang dinamakan Aisha Amaira itu pertama kali dikongsi Fasha Sandha pada hari kelahirannya iaitu pada 7 Ogos 2020 dan sehingga kini berjaya mendapat 224,332 tanda ‘Like’. https://www.instagram.com/p/CDlUcyKFPk0/?utm_source=ig_web_copy_link Kebanyakan warganet berpendapat Aisha yang dilahirkan di Pusat Perubatan UMRA, Shah Alam mewarisi wajah Aidil, namun mempunyai mata secantik Fasha Sandha. Perkongsian terkini Fasha Sandha yang memaparkan video Aisha ...
Ratu Malaysia Universe 2019 sedia terima tawaran berlakon
Ekstra Feminin

Ratu Malaysia Universe 2019 sedia terima tawaran berlakon

Shweta akan mengakhiri tugasnya selaku Ratu Malaysia Universe 2019, September ini. KUALA LUMPUR: Ratu Malaysia Universe 2019, Shweta Sekhon tidak teragak-agak untuk menerima tawaran berlakon sekiranya skrip yang ditawarkan bersesuaian dengan dirinya. Shweta yang bakal mengakhiri tugas rasminya selaku ‘Duta Malaysia’ pada 5 September 2020 berkata, beliau bersedia untuk mencuba bidang lakonan bagi mencabar dirinya. “Ketika ini saya agak sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi selaku Ratu Malaysia Universe, tetapi selepas ini saya ingin mencuba pelbagai bidang termasuk lakonan. “Saya sedia mempertimbang tawaran dalam bidang itu jika ada watak yang bersesuaian, tetapi bidang ini sesuatu yang baharu bagi saya dan banyak yang perlu saya belajar,” kata wanita jelita ini ketika ditemui pa...