Wednesday, April 24

Manisnya Aisha Amaira, iras wajah Fasha Sandha dan Aidil

Baru berusia sebulan, Aisha Amaira sudah pandai tersenyum. (Gambar kredit Instagram @fashasandha)

Kuala Lumpur: Wajah comel anak ketiga pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz, 2020 kian mencuri tumpuan warganet apabila setiap hantaran mengenai Aisha dalam akaun Instagram peribadi Fasha mendapat ratusan ribu ‘Like’.

Gambar bayi yang dinamakan Aisha Amaira itu pertama kali dikongsi Fasha Sandha pada hari kelahirannya iaitu pada 7 Ogos 2020 dan sehingga kini berjaya mendapat 224,332 tanda ‘Like’.

Kebanyakan warganet berpendapat Aisha yang dilahirkan di Pusat Perubatan UMRA, Shah Alam mewarisi wajah Aidil, namun mempunyai mata secantik Fasha Sandha.

Perkongsian terkini Fasha Sandha yang memaparkan video Aisha tersenyum apabila namanya dipanggil turut mendapat 321,495 tontonan.

Bagaimanapun, video khas yang dikongsi pelakon jelita itu pada 31 Ogos 2020 menarik perhatian warganet apabila turut memaparkan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai yang hadir bersama-sama dua anak pasangan itu bagi meraikan kelahiran Aisha.

Sikap Fasha Sandha, Aidil dan Jejai yang ternyata mengamalkan sikap terbuka dalam isu penjagaan anak-anak mereka mendapat pujian ramai, malah wajar dijadikan contoh kepada pasangan yang pernah bercerai.

Fasha Sandha, 36, mengahwini Aidil pada 30 Mac 2020 di kampung halaman aktres itu di Perlis. Perkahwinan pasangan itu mendapat perhatian ramai apabila kebanyakan peminat Fasha Sandha melahirkan kesyukuran melihat kebahagiaan aktres berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *