Saturday, April 27

Singgah Rehat

Maena Water Chalet tawar pengalaman berbeza kepada pengunjung
Singgah Rehat

Maena Water Chalet tawar pengalaman berbeza kepada pengunjung

Setiap individu mempunyai citarasa tersendiri lebih-lebih lagi dalam urusan percutian kerana ada yang menggemari suasana ibu kota yang sentiasa ‘hidup’ dan mungkin ada juga yang memilih elemen pantai. Bagi yang memilih bercuti di tepi pantai, tentunya deru ombak atau bunyi air berkocak menjadi halwa telinga, malah bagi kaki pancing mungkin itulah destinasi terbaik mereka kerana selain memancing, dapat juga menghabiskan masa berkualiti bersama-sama keluarga. Maena Water Chalet menawarkan pengalaman percutian yang menarik kepada individu yang gemar suasana laut. Kredit gambar: Maena Water Chalet. Maena Water Chalet di Tumpat, Kelantan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang gemar dengan suasana laut kerana chalet terapung itu dibina dengan teratur di atas permukaan air dan...
Rakam gambar menarik di Sky Mirror, Kuala Selangor
Singgah Rehat

Rakam gambar menarik di Sky Mirror, Kuala Selangor

Sky Mirror menghasilkan gambar pantulan langit yang cukup unik. (Gambar Zona Suri) KUALA SELANGOR: Hakikatnya di Malaysia juga mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menjanjikan pelbagai pemandangan indah. Antaranya Pulau Cermin atau lebih dikenali sebagai Cermin Langit (Sky Mirror) yang terletak di perairan Kuala Selangor. Pulau misteri itu yang hanya mempunyai dataran pasir seluas kira-kira 1 kilometer persegi asalnya sering dijadikan tempat nelayan untuk berehat sejak puluhan tahun lalu. Kebanyakan nelayan menggelar pulau unik itu Pulau Sasaran tanpa mengetahui nilainya yang mampu membuka peluang pekerjaan dan pendapatan baharu bagi penduduk tempatan. Ada nelayan yang mengatakan pulau itu sudah mula ditemui sejak 1960-an, namun hanya beberapa tahun kebelakangan ini dij...
Taman tema Upin Ipin dibuka di Johor pada 2022
Singgah Rehat

Taman tema Upin Ipin dibuka di Johor pada 2022

Meer (kanan) dan Burhanuddin ketika majlis pelancaran syiling emas Habis edisi terhad Upin dan Ipin. (Gambar Zona Suri) PUTRAJAYA: Impian untuk melihat taman tema yang diinspirasikan daripada dua watak kartun paling popular di Malaysia, Upin dan Ipin bakal direaliasikan apabila dijangka siap pada 2022. Apabila siap kelak, orang ramai berpeluang untuk membawa anak-anak menikmati pelbagai permainan menyeronokkan dengan berilhamkan watak-watak dalam siri animasi popular itu. Pengarah Urusan Produksi Les’ Copaque Sdn Bhd (Les’ Copaque), Burhanuddin Md Radzi, berkata Taman Tema Upin Ipin yang bakal dibuka di Johor Bahru itu kini dalam proses rundingan dengan pelbagai pihak. “Saya belum boleh dedahkan butiran lanjut kerana kami masih dalam proses perbincangan, namun insya-Allah tama...
Pakej Merdeka Desaru Coast tawar penjimatan hebat!
Singgah Rehat

Pakej Merdeka Desaru Coast tawar penjimatan hebat!

Desaru Coast merangkumi pelbagai pusat peranginan dan taman tema di dalam kawasan seluas 3,900 ekar di perairan Johor. DESARU: Bagi mereka yang mencari destinasi pelancongan untuk seisi keluarga, apa kata berkunjung ke Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) yang terletak di selatan tanah air. Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, permata di persisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia itu menyediakan pelbagai tawaran terbaik bagi orang ramai yang pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Hoe Teck Wei, berkata Desaru Coast menawarkan pelbagai penjimatan unik sama ada pakej penginapan, aneka premis makanan mahupun pengalaman menyeronokkan di Adventure Waterpark. “Jika ada satu desti...