Shake Shack bakal buka cawangan di Malaysia
Burger makanan kegemaran ramai kerana mudah diperoleh dan mengenyangkan menyebabkan makanan kombinasi roti dan isi daging atau ayam itu menjadi pilihan seluruh peringkat usia bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.
Shake Shack merentas Korea, Singapura dan Malaysia menjelang 2031.
Ketua Pegawai Pelesenan Global Shake Shack, Michael Kark, berkata konsep jualan burger di gerai memang diminati ramai menyebabkan pihaknya cukup terpesona dengan peminat burger yang sentiasa memberi sokongan.
“Kami masih terus terpesona dengan keghairahan peminat kami di seluruh dunia dan sangat teruja untuk mengumumkan pengembangan akan datang di Asia Tenggara.
“Ini merupakan negara keenam kami di Asia dan bersama-sama SPC Group, kami menjangka akan mempunyai lebih daripada 45 cawangan Shake ...