Saturday, April 27

Duopharma manfaatkan vitamin C untuk kecantikan

Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) baru-baru ini melancarkan rangkaian Flavettes NutriSkincare bertujuan memperluaskan lagi portfolio penjagaan kesihatan penggunanya ke dalam segmen kesihatan dan kecantikan melalui jenama mantap Flavettes.

Leonard Ariff Abdul Shatar (kanan) dan Wany Hasrita (tengah) pada majlis pelancaran Flavettes NutriSkincare di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata dengan menggunakan slogan “Be Seri-Seri Inside Out,” rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu ini dibangun bersandarkan populariti produk Vitamin C dalam bentuk tablet.

“Flavettes NutriSkincare membantu melindungi kulit, memerangi radikal bebas, membaiki sel kulit yang rosak dan mengekalkan penghidratan sel untuk kulit yang tegang, cerah, berseri serta kelihatan muda.

“Bagi Duopharma, kami menggunakan kepakaran farmaseutikal kami dalam penghasilan pemakanan tambahan yang berkesan untuk menawarkan kaedah penjagaan kulit dan kecantikan yang holistik, daripada dalaman hingga luaran, menjadikannya sebahagian penting dalam rejimen penjagaan kulit yang baik,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wany Hasrita pada majlis pelancaran Flavettes NutriSkincare.

Turut hadir, Duta Flavettes, Wany Hasrita dan ahli elit Watsons yang  memenangi jemputan ke acara itu.

Rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu dibangunkan dengan penuh kerapian saintifik, seperti juga produk bertaraf farmaseutikal dan menawarkan formulasi tiga tindakan yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan bermula daripada peringkat selular

Leonard Ariff berkata, dalam memenuhi visi Duopharma untuk menyediakan penyelesaian lebih pintar untuk kehidupan lebih sihat dan dalam misi menjadi ‘Kumpulan Penjagaan Kesihatan Terkemuka yang Menyediakan Penyelesaian Berkualiti dan Inovatif,’ Duopharma terus meneroka bidang dan tawaran baharu dalam penjagaan kesihatan sebagai peneraju industri dan pendahulu dalam sektor farmaseutikal halal.

“Melalui rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu, kami mengambil satu lagi langkah berani dalam evolusi dan pengembangan segmen Penjagaan Kesihatan Pengguna kami, beralih ke segmen kecantikan sebenar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Berdasarkan status rangkaian Flavettes Effervescent yang mendahului pasaran, kami berpeluang menggunakan pengetahuan kami dalam format pemakanan tambahan yang popular untuk menyediakan nutrient diperlukan untuk kulit yang sihat dan cantik,” tambahnya.

Leonard Ariff Abdul Shatar (tengah) menerangkan mengenai produk keluaran Duopharma pada majlis pelancaran Flavettes NutriSkincare di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Produk berkenaan boleh diperoleh di semua cawangan Watson di seluruh negara atau pembelian juga boleh dilakukan menerusi dalam talian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu, Facebook Flavettes Malaysia di https://www.facebook.com/FlavettesMalaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *