Saturday, April 27

Emina tangani masalah kulit remaja

Penjagaan kulit wajah wajar dilakukan sejak daripada usia muda, namun remaja perlu tahu produk bagaimanakah yang sesuai dengan kulit wajah mereka.

Emina diformula khusus untuk kulit remaja.

Ketua Kumpulan Emina Cosmetics, Clarissa A Gunawan, berkata jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk remaja, Emina, telah memasuki pasaran Malaysia dengan beberapa produknya kini boleh didapati secara eksklusif di Shopee.

Direka untuk menjadi sahabat kecantikan gadis, produk penjagaan kulit dan kosmetik itu direka dan dirumus khusus untuk memenuhi keperluan kulit remaja serta kehendak kehidupan remaja.

Emina ditawarkan untuk remaja yang mementingkan kecantikan kulit wajah.

“Emina meletakkan dirinya sebagai satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk gadis remaja kerana kami memahami mereka, kulit dan matlamat kecantikan.

“Kami teruja untuk membawa kepakaran kami dalam menangani kulit remaja ke pasaran Malaysia untuk menjadi sahabat kecantikan setiap gadis, melalui barisan produk cemerlang kami.

“Kami berharap dapat menyemai semangat suka bereksplorasi dengan Emina di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Bercakap mengenai penjagaan kulit, pihaknya percaya bahawa remaja perempuan mempunyai masalah kulit yang paling sukar kerana apabila akil baligh, seiring dengan keadaan itu muncul pelbagai masalah kulit.

“Sama ada jerawat, kulit kusam, kulit kering dan sebagainya akibat perubahan hormon, ramai gadis menjadi tidak selesa kerana perubahan ini menjejaskan penampilan mereka dan akibatnya harga diri mereka.

“Di Emina, kami memahami perkara ini dan ingin membuat produk yang akan membantu remaja perempuan melalui perjuangan ini dengan formula lembut dan berkesan yang dibangunkan secara saintifik agar sesuai untuk remaja,” tambah Clarissa.

Emina sesuai untuk kulit remaja.

Antara produk penjagaan kulit yang diperkenalkan ialah siri Emina Bright Stuff yang berfungsi menjaga kulit kusam dan mencerahkan kulit terdiri daripada pembersih, toner, serum, pelembap, topeng dan juga air micellar.

Semua produk dalam siri Bright Stuff ini diperkaya dengan ekstrak plum musim panas dan agen pencerah berganda yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat dan lembut pada kulit.

Bukan sahaja menjaga kulit kusam, Emina Bright Stuff Series juga melembapkan kulit dan melindungi daripada pencemaran. Ia juga dibuat dengan bahan-bahan yang selamat dan sesuai untuk kulit remaja.

Semua produk Emina juga disahkan Halal, dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan  boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di Shopee, dengan harga antara RM 6 hingga RM 35.20.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman kedai rasmi Emina di Shopee di: https://shopee.com.my/emina.os

 
 
 

            

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *