Saturday, April 27

dUCk suntik budaya kopitiam sempena Merdeka!

Budaya minum kopi atau sarapan di kedai kopi (kopitiam) bukan asing di negara ini kerana situasi berkenaan telah lama berakar umbi dalam masyarakat di Malaysia.

Kopitiam juga menjadi lokasi  yang menyatukan pelbagai bangsa menerusi pilihan makanan sarapan pagi seperti roti bakar, telur masak separuh,  teh tarik mahupun kopi susu serta pelbagai jenis miuman lain.

The Malaysia dUCK menampilkan koleksi berasaskan budaya kopitiam. Gambar ihsan dUCK.

Sehubungan itu, jenama dikenali ramai, dUCK mengambil  senario budaya sarapan di kopitiam sebagai teras koleksi The Malaysia dUCK yang dilancarkan sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.

Pengasas bersama Kumpulan dUCk, Vivy Yusof berkata, The Malaysia dUCk adalah  koleksi yang sangat istimewa kerana ada kaitan dengan hari bermakna bagi Malaysia.

dUCK mengambil alih kafe Pekan Lama, Ipoh untuk memberi pengalaman sebenar kepada penggemar dUCK menikmati sarapan pagi yang menjadi budaya di negara ini. Gambr ihsan dUCK.

“Sebagai penghormatan kepada negara tercinta, kita meraikan banyak perkara menerusi rekaan berinspirasikan kuih kepada bunga yang diilhamkan oleh wanita dalam filem P Ramlee dan lukisan ikonik oleh kartunis terkemuka negara, Datuk Lat.

The Malaysia dUCK menampilkan koleksi berasaskan budaya kopitiam. Gambar ihsan dUCK

“ dUCk melalui jalan dan laluan untuk mencari sesuatu yang unik di Malaysia dan tahun ini, kami meraikan kesederhanaan, kebiasaan dan kemesraan penduduk tempatan di kopitiam, di mana persahabatan terjalin dan rasa kemasyarakatan dipupuk,” katanya dalam satu kenyataan media.

The Malaysia dUCK menampilkan koleksi berasaskan budaya kopitiam. Gambar ihsan dUCK.

Vivy turut menjelaskan koleksi The Malaysia dUCK pada masa sama mengingatkan beliau terhadap koleksi KL dUCk, koleksi pertama yang meletakkan dUCK pada kedudukan dicapai hari ini.

Koleksi dUCK sempena Merdeka yang ke-66. Gambar ihsan dUCK.

“Koleksi ini memberi tumpuan di Ipoh, di mana kami mengambil alih kafe, jadi kami berharap pelanggan akan menyertai kami dalam hal ini untuk bersama-sama mengalami dan merasai semangat kekitaan di negara tercinta, Malaysia,” katanya.

Berorientasikan lukisan tangan garis ke garis, rekaan koleksi ini juga mengaplikasikan teknik seni pointillism, menggunakan titik cat untuk membentuk imej pada  kanvas.

Antara selendang yang ditawarkan dalam koleksi The Malaysia dUCK. Gambar ihsan dUCK.

Teknik etsa turut digunakan di mana imej terukir atau diukir pada plat logam dan kedua-dua teknik ini adalah serupa dengan apa yang kita dapati pada cawan kopitiam, karya seni pada wang kertas dan setem dari zaman Persekutuan Tanah Melayu. Keseluruhan koleksi itu mengambil masa selama 660 jam untuk disempurnakan.

Antara selendang yang ditawarkan dalam koleksi The Malaysia dUCK. Gambar ihsan dUCK.

Sehubungan itu, bersempena koleksi ini juga, dUCK mengambil alih Kafe Pekan Lama, Ipoh untuk memberi lebih pengalaman kepada penggemar dUCK sehingga 17 September ini.

Sementara itu, pada pertengahan Julai lalu, sempena filem Barbie The Movie, dUCK turut melancarkan koleksi kolaborasi BarbieTM The Movie x dUCk.

BarbieTM The Movie x . dUCK. Gambar ihsan dUCK.
BarbieTM The Movie x . dUCK. Gambar ihsan dUCK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *