Perhiasan seperti emas dan intan berlian sentiasa menjadi pilihan serta kegemaran wanita tanpa mengenal usia mahupun di mana sahaja mereka berada kerana emas memberi aura yang sangat menakjubkan terhadap pemakainya.
Bahkan ada pendapat mengatakan jika individu memakai perhiasan emas, rezeki akan lebih dekat dengan mereka dan ada benarnya juga kerana emas lambang keindahan, memberi impak yang sangat baik selain tampak anggun.
Sehubungan itu, jenama barang kemas yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, Tomei baru-baru ini melancarkan Koleksi Raya 2024: Potret yang mana banyak rekaan menarik ditawarkan kepada pelanggan.
Jadi jika anda berhajat mencari barang kemas untuk perhiasan diri atau untuk dijadikan hadiah kepada insan tersayang, kunjungi Tomei terdekat bagi mendapatkan perhiasan yang dihajati.
Lebih menarik perhatian, artis cantik Anna Jobling turut hadir untuk memeriahkan majlis pelancaran dan kepetahan Bella Zahir sebagai pengendali majlis turut menghangatkan suasana kerana Bella juga mengenakan perhiasan daripada Koleksi Raya 2024 Tomei.
Pada majlis saja, Tomei turut melancarkan program My Jewel Club khusus untuk pelanggan setia jenama berkenaan dengan pelbagai keistmewaan bakal dinikati ahli kelab berkenaan.
Sehubungan itu, ingat Tomei jika anda ingin mencari perhiasan diri kerana selain rekebentuk yang ekslusif, barang kemas Tomei juga memberi nuansa yang menggembirakan pemakainya!