Saturday, April 27

Emax Beauty bantu wanita tampil cantik!

Cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki adalah dambaan setiap wanita, namun kadang-kala untuk merawat keseluruhan badan memerlukan masa dan kekangan inilah yang membuatkan wanita bertangguh mengunjungi pusat kecantikan.

Lebih parah, rawatan rambut tidak boleh disekalikan dengan rawatan kuku kaki kerana perlu membuat janjitemu di lain hari, tetapi situasi ini tidak akan berlaku jika anda mengunjungi Emax Beauty yang terletak di Pavillion Bukit Jalil.

Wilson Lee dan isteri melancarkan pembukaan Emax Beauty di Pavillion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Eksekutif  (CEO) EMAX Beauté, Wilson Lee, menekankan pihaknya mengambil keputusan mengadakan nilai tambah terhadap jenama kecantikan berkenaan sejajar dengan keperluan pengguna yang semakin meningkat selain menangani jurang dalam pasaran kecantikan Malaysia hari ini. 

“Kami banyak memberi penekanan dan fokus pada aspek keperluan dan kesejahteraan pelanggan kerana kami percaya kecantikan bukan sahaja tumpuan pada luaran semata-mata.

“Kecantikan yang sebenar perlulah seimbang daripada semua aspek dan setiap pelanggan mempunyai kemahuan berbeza menyebabkan kami menyasarkan untuk memberikan rawatan penyelesaian yang berkesan serta berkualiti supaya kesihatan mahupun kesejahteraan keseluruhan mereka tercapai,” katanya pada majlis pelancaran butik kecantikan berkenaan di Pavillion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Ditubuhkan sejak 12 tahun lalu, Beauté Library, (kini EMAX Beauté) terus fokus untuk mendominasi industri kecantikan dengan memberikan rawatan terbaik merangkumi penjagaan kecantikan yang lengkap daripada wajah, rambut dan badan.

Beaute Library yang dilancarkan semula dengan nama Emax Beauty, berwajah baru, segar dan selesa untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Sehubungan itu, bagi memenuhi keperluan berkenaan, empat  jenama kecantikan yang berbeza konsep dan rawatan dilancarkan di bawah Emax Beaute iaitu: 

  • Beauté Library – Menawarkan solusi penjagaan wajah mewah dan bukan invasif (non invasive). Seleksi rawatan yang ditawarkan akan disesuaikan dengan jenis kulit anda dan mendapat sentuhan teknologi serta mesin yang canggih. Outlet terbaru di Pavilion Bukit Jalil membawa konsep elegan, mewah dan eksklusif. 
  • Curvena – Pendekatan holistik dan seimbang untuk rawatan pelangsingan badan menggunakan teknologi canggih untuk misi bentuk badan idaman semua. Berkonsepkan earthy tones daripada pemilihan warna, perabot dan hiasan dalaman, setiap sudut membuatkan anda rasa selesa, harmoni dan privasi. 
  • Venusde – Fokus pada penjagaan rambut dan kulit kepala,  bukan sahaja pada wanita malah juga lelaki untuk rambut yang lebih sihat dan kuat. Hadir dengan konsep yang lebih ceria dan fun, anda pasti terpesona dengan konsep hiasan dalamannya. Lebih menarik, ia menyediakan ruang privasi terutamanya buat hijabi untuk lebih selesa ketika melakukan rawatan rambut. 
  • B+ Clinic – Menyediakan seleksi rawatan estetik yang invasif . Ia juga untuk memberi pengalaman rawatan estetik yang efisyen, selamat dan berkesan yang dikendalikan oleh barisan doktor profesional dan bertauliah. 
Ketua Pengarah Eksekutif  (CEO) EMAX Beauté, Wilson Lee.

Wilson berkata, pihaknya berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan dan solusi terbaik kepada pelanggan supaya mereka berasa selesa dengan kulit, tampil lebih yakin dan berjaya memiliki kulit idaman mereka yang diidamkan.

Bermula dengan skala  sederhana pada 2011, kini EMAX Beauté antara peneraju utama industri kecantikan di negara ini dan mempunyai 194 pekerja berdedikasi.

Selain dedikasi untuk menjadi jenama unggul dan pilihan ramai dalam industri kecantikan  (penjagaan kulit , rambut, badan dan estetik) EMAX Beauté juga fokus melakukan pelbagai program sosial korporat bagi memberi sokongan kepada komuniti. 

Wilson ketika bercakap kepada pihak media pada majlis pelancaran Emax Beauty.

Antara program yang dianjurkan ialah acara amal berbuka melalui kempen Beauté Library B-Oooh-Ka Puasa dan kutipan amal yang diperoleh disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA Society).

Oktober lalu, EMAX Beauté  menganjurkan larian amal Pinky Run dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara seterusnya membiayai pemeriksaan kanser untuk golongan kurang berkemampuan. Dengan sokongan orang ramai, rakan penaja dan selebriti yang hadir, larian amal berkenaan, sejumlah RM20,000 berjaya dikumpulkan. 

Antara bilik rawatan kecantikan yang ada di Emax Beauty.

Tambahnya lagi, melalui pelancaran cawangan baharu ini, EMAX Beauté berhasrat mengukuhkan kedudukannya dalam industri kecantikan tempatan dan seterusnya berusaha untuk memberikan penyelesaian yang cemerlang dan berkesan dengan teknologi, ramuan serta inovasi terkini dalam penjagaan kecantikan.

 “Dengan penyelesaian komprehensif yang menyasarkan pelbagai aspek kecantikan dan kesihatan, kami berusaha untuk mempromosikan penjagaan diri dalam kalangan pelanggan kami, supaya mereka berasa yakin dengan kulit mereka sendiri. Kami mahu menjadi pilihan pelanggan dalam mencari solusi dan keberkesanan rawatan serta menyediakan ruang yang selesa. 

“Sama ada ingin memanjakan kulit dengan rawatan muka yang mewah, menjaga kulit kepala dan rambut atau penjagaan badan yang holistik EMAX Beauté adalah tempat untuk anda kunjungi. Kami tidak sabar untuk menantikan kehadiran anda,” katanya.

Bilik rawatan yang selesa disediakan untuk pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *