Monday, April 29

Sambal bilis, petai, ikan masin buat orang kempunan

Keadaan lazim dialami apabila badan tidak sihat ialah selera makan menurun, mulut pahit dan makanan kegemaran sekali pun tidak berupaya membuatkan kita berasa mahu menelannya dengan mudah.

Sambal Ikan Bilis Kempunan boleh dibeli secara dalam talian.

Justeru lauk paling ingin dicari ialah ‘sambal’ kerana lauk ringkas berkenaan jarang mengecewakan sesiapa sahaja dalam apa jua situasi, bahkan ada yang berpendapat sambal adalah musuh ‘diet.’

Sampai begitu sekali kesan sambal terhadap penggemarnya dan sambal kempunan ini tentunya memiliki keistimewaan tersendiri sehingga ‘kempunan’ nama diberi.

Afiza Kamarulzaman bersama produk sambal yang dihasilkan sendiri di rumahnya.

Pengasas sambal kempunan, Afiza Kamarulzaman, 39, berkata pihaknya menawarkan Sambal Bilis Kempunan sebagai permulaan dan kemudian disusuli dengan dua jenis lagi sambal lain.

Katanya, beliau memulakan jualan dengan Sambal Bilis Kempunan, kemudian diikuti Sambal Ikan Masin Petai Kempunan sebagai pilihan tambahan kepada pelanggan.

Sambal Bilis Kempunan, bilisnya garing dan rangup.

“Keistimewaan sambal kempunan ini merujuk pada rasanya, memang tidak akan jumpa yang sama di luar sana kerana sambal ini homemade, bukan diambil dari kilang yang kemudiannya tampal label semata-mata.

“Kami menyediakan sambal ini dengan bahan yang ada di dapur, menggunakan resipi yang saya olah bersama suami, Mohd Husni Zabidin, 43,” katanya menerusi kepada Zonasuri.

Sambal Bilis Kempunan – enak, bersih dan halal.

Selain beliau sendiri gemar menikmati sambal petai, terdetik pula dihati untuk berkongsi sambal kesukaannya dengan rakan-rakan lain terutama bagi yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh.

“Kami nak bantu mereka yang kerap bermusafir atau melaukan perjalanan ke luar negara dengan makanan yang dijamin HALAL terutamanya apabila mereka ke negara yang susah untuk dapatkan makanan halal.

“Sambal kempunan mudah untuk dibawa selain  hilang rindu mereka yang lama berada di luar negara pada makanan kita terutama bagi yang tidak boleh hidup tanpa makanan pedas,” katanya.

Sambal Ikan Masin Petai Kempunan

Buat masa ini sambal yang ditawarkan adalah Sambal Bilis Kempunan (RM15), Sambal Kosong (RM13) dan Sambal Ikan Masin Petai Kempunan (RM18) serta boleh didapati di Shopee atau membuat pesanan terus menerusi akaun Instagram @sambal_bilis_kempunan.

Mohd Husni menggoreng ikan bilis untuk penyediaan sambal Bilis Kempunan.

Bagi Afiza, beliau dan suami yang juga tulang belakang dalam penyediaan sambal kempunan, tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ untuk penggemar sambal, namun beliau yakin sambal yang ditawarkan ada ‘jawapan’ kepada lidah yang gemar makanan pedas.

“Kena cuba sendirikerana tahap pedas sambal kempunan akan membuatkan anda teringat-ingat dan rasanya sangat serasi bila dimakan dengan nasi, bubur mahupun roti,” katanya.

Afiza menyediakan sambal di dapur rumahnya.

Ditanya mengenai penggunaan nama ‘kempunan,’ beliau menjelaskan nama berkenaan timbul secara spontan ketika  kerap menyediakan sambal ikan bilis dan membawanya ke tempat kerja untuk dimakan bersama-sama rakan sepejabat,

“Nama kempunan saya dapat secara spontan. Dulu, saya kerap masak sambal ikan bilis apabila ada jamuan di pejabat atau bila kawan-kawan datang ke rumah, sambal ikan bilis antara sajian wajib yang mereka mahu makan.

“Lepas makan, ada sahaja yang akan kata nak lagi, minta buat lagi, alasan mereka adalah disebabkan kempunan. Maka, daripada situasi itu, saya guna nama ‘kempunan,” katanya.

Afiza bersama dua produk dihasilkan, Sambal Bilis Kempunan dan Sambal Ikan Masin Petai Kempunan.

Penulis juga berpeluang menikmati Sambal Ikan Masin Petai Kempunan dan Sambal Ikan Bilis Kempunan, ternyata kedua-duanya menggamit selera kerana suapan bertambah tanpa disedari.

Jika ada yang bercadang untuk bercuti di luar negara, sambal kempunan adalah pilihan tepat untuk dibawa kerana ia memudahkan perjalanan.

Fakta mengenai petai:

1.Menyihatkan jantung.

2. Mengelakkan osteoporosis.

3. Mengawal keseimbangan gula dalam darah.

4. Melancarkan diet.

5. Melindungi sistem pencernaan daripada gangguan  kesihatan.

6. Meningkatkan Sistem Imun.

7. Mendukung fungsi saraf

8. Menstabilkan tekanan darah

9. Meningkatkan fungsi hati

10. Mencegah keradangan

11. Mencegah Anemia

12. Meningkatkan fungsi otak .

13. Meningkatkan Kesuburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *