Saturday, April 27

Tag: Atlas Vending

Atlas Vending bantu pengusaha dengan Sapot SME
Gaya Hidup

Atlas Vending bantu pengusaha dengan Sapot SME

Pembekal mesin layan diri terbesar di Malaysia, ATLAS Vending,  menjadikan Hari Malaysia lebih bermakna dengan kempen Sapot SME yang menampilkan kerjasama pelbagai jenama melibatkan 13 Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) dari setiap negeri di Malaysia. Pengguna bebas membeli produk halal menerusi mesin disediakan Atlas Vending untuk kempen Sapot SME. Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sokongan ATLAS Vending, Amy Gan, berkata sempena Hari Malaysia, ATLAS Vending mahu melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik ini. “Kami menawarkan mesin layan diri kami sebagai saluran jualan berautomasi bagi membantu meluaskan lagi jangkauan mereka dan memilih Sapot SME sebagai tema untuk kempen ini. “Kerjasama ATLAS Vending dan PKS ini mensyaratkan ...
Atlas Vending bekalkan minuman segar untuk petugas barisan hadapan
Gaya Hidup

Atlas Vending bekalkan minuman segar untuk petugas barisan hadapan

Petugas barisan hadapan perubatan boleh dianggap sebagai individu yang banyak berjasa kepada negara lebih-lebih dalam keadaan sekarang, seluruh dunia berhadapan wabak Covid-19 dan negara turut menerima kesannya. Mesin minuman layan diri Atlas Vending memudahkan petugas barisan hadapan perubatan menikmati masa rehat dengan segar dan ceria. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, pembekal mesin layan diri terbesar di Malaysia, Atlas Vending, berpadu tenaga dengan PepsiCo menawarkan masa rehat yang lebih menyegarkan pada bila-bila masa kepada petugas barisan hadapan perubatan. Ketua Pemasaran & Perniagaan Sampingan ATLAS Vending, Amy Gan, berkata sebanyak 18 mesin layan diri ditempatkan di hospital dan pusat perubatan Kerajaan sekitar Lembah Klang dan di Muar, terma...