Thursday, December 12

Atlas Vending bekalkan minuman segar untuk petugas barisan hadapan

Petugas barisan hadapan perubatan boleh dianggap sebagai individu yang banyak berjasa kepada negara lebih-lebih dalam keadaan sekarang, seluruh dunia berhadapan wabak Covid-19 dan negara turut menerima kesannya.

Mesin minuman layan diri Atlas Vending memudahkan petugas barisan hadapan perubatan menikmati masa rehat dengan segar dan ceria.

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, pembekal mesin layan diri terbesar di Malaysia, Atlas Vending, berpadu tenaga dengan PepsiCo menawarkan masa rehat yang lebih menyegarkan pada bila-bila masa kepada petugas barisan hadapan perubatan.

Ketua Pemasaran & Perniagaan Sampingan ATLAS Vending, Amy Gan, berkata sebanyak 18 mesin layan diri ditempatkan di hospital dan pusat perubatan Kerajaan sekitar Lembah Klang dan di Muar, termasuk Hospital Sungai Buloh.

Tiga petugas barisan hadapan perubatan menikmati minuman segar daripada mesin layan diri sumbangan Atlas Vending dengan kerjasama PepsiCo.

“Mereka bekerja keras siang dan malam, dan mungkin berasa panas serta keletihan sewaktu bertugas, namun apabila mereka mempunyai masa untuk berehat, kantin hospital mungkin ditutup.

“Pemasangan mesin layan diri yang menyediakan minuman sejuk percuma ini adalah sumbangan kecil daripada kami bagi membalas pengorbanan mereka, dengan menjadikan hari kerja mereka lebih selesa,” katanya menerusi emel kepada Zona Suri.

Tiga petugas barisan hadapan perubatan menikmati minuman segar daripada mesin layan diri sumbangan Atlas Vending dengan kerjsama PepsiCo.

Atlas Vending berpengalaman menjalankan perniagaan mesin layan diri selama 40 tahun dan melakukan sumbangan itu dengan kerjasama PepsiCo, termasuk Pepsi Black, 7up Free, Revive Isotonic dan minuman jus sedia diminum Tropicana.

Gan turut berkata, sepanjang pandemik, pihaknya berusaha membantu mengurangkan penyebaran dengan menggalakkan lebih banyak penggunaan transaksi automatik bagi mengurangkan risiko penyebaran  virus, selain melakukan sanitasi menyeluruh secara berkala ke atas semua mesin layan diri kami, termasuk kesemua 18 mesin layan diri untuk petugas kesihatan yang baru ditempatkan di hospital berkenaan.

Petugas barisan hadapan perubatan menikmati minuman segar daripada mesin layan diri sumbangan Atlas Vending dengan kerjsama PepsiCo.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Minuan PepsiCo, Jennifer Lee, berkata 200,000 tin dan botol minuman daripada PepsiCo akan diisikan ke dalam 18 mesin layan diri berkenaan dalam tempoh tiga bulan akan datang dan MyChef turut menaja 500 pek hidangan sedia makan bagi para petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *