Friday, March 29

Wanita perkasa dengan marathon tazkirah

Marathon Tazkirah 24 Jam sempena sambutan Hari Wanita bertema Melahirkan Wanita Madrasah Utama Ummah hari ini, 8 Mac, membicarakan pelbagai topik bermanfaat mencakupi dunia dan kehidupan wanita.

Barisan asatizah yang mengambil bahagian dalam Marathon Tazkirah 24 Jam sempena Hari Wanita 2021.

Acara julung kali diadakan seumpamanya itu anjuran Dari Wanita Untuk Wanita, mengenengahkan 27 asatizah yang berbicara secara terus-menerus dan berkomunikasi secara langsung dengan pengunjung muka buku selama 24 jam.

Antara yang menarik perhatian ialah mengenai darah wanita (darah haid) dan siapakah yang perlu memberi perhatian terhadap situasi berkenaan, sama ada suami atau isteri sendiri, yang diperkatakan oleh Ustazah Ayu Suhana.

Banyak topik menarik diutarakan pada marathon sempena Hari Wanita ini.

Topik berkenaan dibicarakan pada jam 3 pagi dan berdasarkan perhatian Zona Suri, lebih 140 pengunjung mengikuti topik berkenaan sambil bersoal jawab dengan  Ayu Suhana.

Agak mengejutkan kerana pada waktu berkenaan, ada yang mengikuti marathon tazkirah berkenaan sekali gus membuktikan acara sebegini mendapat sambutan wanita yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Antara topik lain yang diperkatakan ialah Wanita dan Kecantikan oleh Ustazah Norlaila Aniza, Wanita dan Kesihatan Mental (Dai Afiqah), Wanita dan Hak Sebagai Isteri (Ustazah Zawiyah), Wanita Dambaan Syurga (Ustazah Zai) dan Saidatina Aisyah Serikandi Imuan Ummah disampaikan oleh Ustazah Asma.

Antara topik yang diperkatana pada marathon berkenaan.

Gangguan Seksual Bukan Gurauan pula diperkatakan oleh Prof Dt Dr Harlina Halizah Siraj, Zakat dan Wanita (Ustazah Maryam), Dari Dia Kerana Dia Untuk Dia (Ustazah Sh Norhayati) dan Mihrab Maryam (Ustazah Norhafizah Musa).

Marathon ini berakhir pada jam 11 pagi dan banyak lagi topik menarik lain yang boleh dicapai menerusi laman sesawang https://www.facebook.com/Dari-Wanita-Untuk-Wanita-1084301713043.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *