ZeMor bantu kurangkan gegaran tangan akibat Parkinson
Hayley Nea Iaduray, 24, pelajar kejuruteraan di Monash University Malaysia, dinobatkan sebagai Pemenang Kebangsaan Malaysia bagi Anugerah James Dyson 2026 (James Dyson) menerusi hasil ciptaannya, ZeMor.
ZeMor, peranti boleh pakai tanpa bateri yang boleh dilaraskan, direka untuk membantu mengurangkan gegaran tangan akibat penyakit Parkinson.
Hayley berkata, ZeMor dihasilkan inspirasi daripada sistem kejuruteraan yang digunakan untuk menstabilkan bangunan pencakar langit semasa gempa bumi dan taufan.
“ZeMor menerapkan prinsip yang sama pada skala kecil bagi membantu mengurangkan gegaran tangan yang tidak terkawal dan dinamakan ZeMor, iaitu singkatan bagi "Zero Tremor."
“Ia dihasilkan menggunakan *Tuned Mass Damper* (TMD) bersaiz kecil, iaitu satu mekanisme yang lazimnya digu...










