dUCK lancar semula selendang elemen tempatan sempena Hari Malaysia
Jarang sekali atlet sukan diangkat sebagai model atau ‘wajah’ untuk mempromosikan produk fesyen kecuali barangan yang ada kaitan dengan bidang sukan semata-mata.
Cetakan pada selendang diabadikan berdasarkan ciri pembangunan daripada 14 negeri di Malaysia.
dUCK memecah tradisi apabila mengundang 14 atlet sukan tanah air bagi menyuguhkan pelancaran selendang sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September, setiap tahun.
Atlet Malaysia diambil sebagai 'wajah' untuk selendang Hari Malaysia.
Atlet dimaksudkan, antaranya Shah Firdaus dan Izzah Izzati (lumba basikal), Wendy Ng (terjunan/selam), Chee Chao Ming (Tenis Para), Farah Ann (Gimrama), Datuk Shalin Zulkifli (Bowling), Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena dan Syaqiera Mashayikh (Memanah).
Kesemua at...