Thursday, April 18

Tag: kesihatan

i-Sihat

Puasa tidak memudaratkan penghidap Diabetis

Dua perkara paling digeruni penghidap kencing manis atau Diabetik Melitus (DM) ialah peningkatan paras gula dalam darah sekiranya terlebih mengambil makanan tinggi karbohidrat dan hipoglisemia yang akan dialami sekiranya kekurangan gula dalan badan. Sehubungan itu, timbul kekeliruan bolehkah penghidap Diabetis berpuasa memandangkan mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh yang panjang yang mungkin boleh menyebabkan hipoglisemia dan bagaimana dengan pengambilan ubat yang boleh dilakukan sekiranya berpuasa? Dietitian Kanan, Hospital Pantai Sungai Petani, Norhayati Samsuddin berkata, ada cara tertentu yang boleh dilakukan oleh pesakit Diabetis bagi memastikan mereka tidak akan mengalami dua gejala yang disebutkan di atas. “Pesakit Diabetis perlu mengetahui berapa jumlah uba...
Tremor menyerang dalam senyap
i-Sihat, Zona Didik

Tremor menyerang dalam senyap

Tremor, masalah tangan, anggota badan bergetar atau bergerak di luar kawalan mungkin jarang didengar, namun situasi ini memang berlaku bagi sesetengah individu terutama dewasa. Jangan abaikan jika tangan anda menggeletar tanpa dapat dikawal, anda mungkin mengalami tremor. (Gambar hiasan) Pakar Bedah Am & Hepatobiliari Hospital Pantai Sungai Petani, Dr Mohd Fahmey Sabudin berkata, Tremor merujuk kepada geletar, gegaran atau jenis gerakan tubuh yang bergetar dan tidak disengaja yang sering berlaku dalam kalangan warga emas.   “Tremor biasanya berlaku pada tangan, kaki atau badan menggeletar, pergerakan perlahan, otot tegang, masalah postur badan, ketidakseimbangan tubuh, masalah percakapan dan menulis. “Terdapat tiga jenis Tremor yang dikenal pasti dalam kerangka peruba...
Tangani buasir dengan berkesan, jumpa pakar
i-Sihat

Tangani buasir dengan berkesan, jumpa pakar

Buasir sering dianggap tidak merbahaya dan tidak diberi perhatian sewajarnya apabila berlaku dalam kehidupan seharian walaupun keadaan itu perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak kesakitan berlaku. Pakar Bedah Am Hospital Pantai Laguna Merbok, Dr Husna Syakirah Ab Rahman, berkata terdpat dua jenis buasir yang lazim dialami iaitu buasir dalam dan buasir luar. Gambaran mengenai buasir dalam dan buasir luar. “Buasir adalah salur darah di dalam anus yang membengkak disebabkan oleh peningkatan tekanan di dalam salur darah di kawasan anus. ”Buasir dalam pula adalah bengkak salur darah yang berada atas pada garisan Dentate (Dentate line), manakala buasir luar adalah bengkak salur darah di bawah garisan dentate. Dr Husna berkata, buasir boleh terjadi kepada sesi...
Pendarahan paru-paru, ketahui sebab dan pencegahannya.
i-Sihat

Pendarahan paru-paru, ketahui sebab dan pencegahannya.

Pastinya ramai yang masih ingat mengenai pelakon tanah air  yang dimasukkan ke hospital dan ditidurkan akibat pendarahan paru-paru atau pulmonary hemorrhage (pendarahan pulmonari) tidak berapa lama dulu. Merujuk kepada National Library of Medicine, Amerika Syarikat (AS) yang memetik satu kajian di Perancis mengatakan, rata-rata penghidap pendarahan pulmonari ialah mereka yang berusia 54 tahun dan 71 peratus pesakit ialah lelaki dan rata-ratanya merokok. Pendarahan paru-paru boleh membawa maut sekiranya tidak dicegah dari awal. (Gambar hiasan) Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, wanita juga tidak terkecuali menghadapi ancaman pendarahan pulmonary. Pakar Perubatan Dalaman dan Respiratori, Hospital Pantai Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang, Dr Umadevi A Muthukumaru berkata, i...
Derma darah, selamatkan insan yang memerlukan
i-Sihat

Derma darah, selamatkan insan yang memerlukan

Derma darah satu amalan mulia kerana setitik darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa individu yang memerlukannya, namun tidak semua kita berkeupayaan menderma darah kerana keadaan kesihatan atau masalah lain. Dapatkan nasihat doktor terlenih dahulu sebelum menderma darah. (Gambar hiasan). Ketua Pegawai Perubatan, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Pantai Laguna Merbok, Dr Ahmad Wildan Azhar, berkata setiap penderma yang menderma darah akan kehilangan sejumlah kecil darah dalam badan, namun proses penggantian cecar dalam badan akan menggantikan semula darah yang hilang itu. Ketua Pegawai Perubatan, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Pantai Laguna Merbok, Dr Ahmad Wildan Azhar. “Bagi wanita, jumlah yang dibenarkan adalah 350 mililiter (ml) manakala lelaki, ...
Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih
i-Sihat

Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih

Sebagaimana kulit wajah yang menjadi keutamaan dalam penjagaan harian, gigi juga adalah antara perkara penting yang perlu dijaga. Jangan fikir apabila melihat gigi tersusun cantik bak mutiara, ia bebas daripada sebarang masalah atau kerosakan. Berus kecil yang boleh didapati dalam pelbagai warna ini berfungsi membersikan gigi hingga ke bahagian yang paling dalam (gambar hiasan). Kredit foto: Lazada.com Ini kerana bakteria yang ada di dalam mulut akan bertindak merosakkan tulang gigi seterusnya akan berlaku kerosakan yang lebih teruk terhadap gigi. Keadaan itu boleh menyebabkan nafas berbau, gigi dan gusi juga akan terjejas teruk. Doktor Nur Ayman Ab Haei dari klinik pergigian di Ampang, berkata ada banyak alat permbersih gigi yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerosakan ...