Thursday, December 12

Tag: Ramadan

i-Sihat

Puasa tidak memudaratkan penghidap Diabetis

Dua perkara paling digeruni penghidap kencing manis atau Diabetik Melitus (DM) ialah peningkatan paras gula dalam darah sekiranya terlebih mengambil makanan tinggi karbohidrat dan hipoglisemia yang akan dialami sekiranya kekurangan gula dalan badan. Sehubungan itu, timbul kekeliruan bolehkah penghidap Diabetis berpuasa memandangkan mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh yang panjang yang mungkin boleh menyebabkan hipoglisemia dan bagaimana dengan pengambilan ubat yang boleh dilakukan sekiranya berpuasa? Dietitian Kanan, Hospital Pantai Sungai Petani, Norhayati Samsuddin berkata, ada cara tertentu yang boleh dilakukan oleh pesakit Diabetis bagi memastikan mereka tidak akan mengalami dua gejala yang disebutkan di atas. “Pesakit Diabetis perlu mengetahui berapa jumlah uba...
i-Sihat, Zona Didik

Kurma keju warnai manisan Ramadan

Kedatangan Ramadhan sentiasa dinanti oleh setiap muslim kerana Ramadhan adalah bulan beribadat, masa untuk meraih pahala selain memohon keampunan menerusi sedekah yang dilakukan pada bulan ini. Ramadhan juga lazim diimarahkan dengan solat terawikh selain ada juga yang mengambil peluang pulang ke pangkuan ibu bapa lebih awal untuk bersama-sama menjalani ibadah puasa di kampung. Bagaimanapun, ada juga yang menunggu kemunculan Ramadhan kerana beranggapan ketika inilah mereka berpeluang mencari kuih-muih klasik atau tradisional untuk juadah berbuka bersama keluarga dan rakan. Terkini, tular mengenai kurma yang diselitkan keju dan timbul perbahasan mengenai keaslian kurma dan manfaat keju terhadap idividu yang memakannya, sama ada membawa kesan baik atau buruk, tepuk dada tanya selera...