Saturday, August 15

Amway rai legasi 50 tahun bantu orang ramai nikmati hidup lebih baik
Gaya Hidup

Amway rai legasi 50 tahun bantu orang ramai nikmati hidup lebih baik

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 dalam membantu rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik, Amway Malaysia meraikan pencapaian bersejarah menerusi sambutan AM50, berlangsung di ibu pejabat Amway di Petaling Jaya, baru-baru ini. Sambutan 50 tahun Amway berlangsung di ibu pejabat Amway, Petaling Jaya, baru-baru ini. Sambutan berkenaan juga adalah sempena memperingati lima dekad Amway dalam menyokong gaya hidup lebih sihat serta memperkasa individu melalui keusahawanan beretika. Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Jasong Leng, berkata Amway berterusan memperhebatkan komitmen bagi membantu ahli-ahlinya dan orang ramai untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan menjanjikan. Jason (kiri) bersama-sama Dato' Rohaizi pada majlis pelancaran sambutan. “Sel...
Kolaborasi PrettyPlus dan  Aidijuma meriahkan Hari Ibu Mei ini.
Ekstra Feminin

Kolaborasi PrettyPlus dan  Aidijuma meriahkan Hari Ibu Mei ini.

Sambutan Hari Ibu yang diraikan setiap tahun pada 10 Mei ini dijangka lebih meriah apabila dua jenama sinonim dengan industri kecantikan dan gaya muslimah, PrettyPlus Skincare dan SkarfbyAidijuma bekerjasama untuk menghargai wanita istimewa bergelar ibu, sepanjang Mei ini.  Kolaborasi ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada anak-anak dan suami untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada insan penting dalam kehidupan mereka. Produk Prettyplus memeriahkan sambutan Hari Ibu dengan mengadakan kolaborasi bersama-sama SkarfAidijuma. PrettyPlus Skincare adalah rangkaian produk penjagaan kulit yang dibuat sepenuhnya di Korea, menggunakan teknologi nano untuk memproses minyak pati bunga dan tumbuh-tumbuhan, serta cairan siput yang sangat terkenal dalam industri kec...
Penjagaan usus asas tingkat imunisasi kanak-kanak
i-Sihat

Penjagaan usus asas tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sihat, keadaan berkenaan turut mempengaruhi kesihatan badan. Bella Astilah (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Aptamil™ KID Synbio+ Science Café yang berlangsung di M Resort Hotel, Damansara, sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer) Penemuan baharu yang diterbitkan pada 2025 dalam European Journal of Clinical Nutrition (EJCN) menunjukkan bahawa gabungan sinbiotik tertentu yang mengandungi probiotik Bifidobacterium breve M-16V dan prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dapat membantu meningkatkan keseimbangan usus yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak kelahiran Czer berusia satu tahun ke atas. Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil, berkat...
Diet sebenar bermula di dalam minda
i-Sihat

Diet sebenar bermula di dalam minda

Diet menjadi perkataan paling kerap disebut dalam kalangan mereka yang mementingkan kesihatan ataupun dalam kehidupan individu yang mahu menurunkan berat badan atas sebab tertentu. Sama ada disedari atau tidak, pelbagai interpretasi mengenai diet dipraktikkan oleh individu berdasarkan apa yang dibaca, disarankan oleh pengendali yang menawarkan program diet mahupun jurulatih kecergasan seluruh negara. Kawal minda untuk memastikan diet berkesan. Kenyataannya, terpulang kepada diri masing-masing bagaimana mahu mencorakkan kesihatan diri untuk masa depan yang lebih ceria, sihat, bebas penyakit dan tidak obes. Pegawai Psikologi dan Kaunselor Berdaftar Klinik Kesihatan Malaysia, Amar Aimmullah Azizul berkata, diet boleh diterjemahkan sebagai satu disiplin yang bermula di minda dan b...
ABARO diiktiraf Malaysia Book of Records untuk ciri inovatif kasut sekolah
Gaya Hidup

ABARO diiktiraf Malaysia Book of Records untuk ciri inovatif kasut sekolah

Ibu bapa kongsi bagaimana inovasi kasut sekolah ABARO memudahkan cabaran harian mereka Sesi persokalahan 2026 akan bermula tidak lama lagi dan pastinya seluruh ibu bapa sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi memastikan anak selesa melangkah ke sekolah. Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh berkata, setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka berasa selamat, selesa dan yakin setiap kali melangkah ke sekolah. “Di ABARO, kami mendengar kisah dan pengalaman keluarga sebenar, serta memahami cabaran kecil yang mungkin kelihatan remeh tetapi memberi kesan besar dalam kehidupan seharian. “Oleh sebab itu, kami menghasilkan lebih daripada sepuluh ciriinovatif dan menggabungkannya dalam kasut sekolah kami serta menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records,” katanya pa...
Pertolongan cemas asas wajar dipelajari demi orang tersayang
i-Sihat

Pertolongan cemas asas wajar dipelajari demi orang tersayang

Pertolongan cemas asas (Basic Life Support - BLS) sering dipandang remeh dan tidak ramai yang mengambil langkah positif untuk belajar mengenai prosedur ini bagi persediaan menyelamatkan orang  tersayang atau sesiapa sahaja di sekeliling anda. BLS yang dianggap paling asas ialah bantuan pernafasan mulut ke mulut atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) di mana langkah berkenaan kelihatan mudah, namun kenyataannya ada langkah khusus yang perlu diberi penekanan bagi menjamin mutu CPR yang dilakukan. Dr Pak JunWee. Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Pak Jun Wee, berkata apabila berlaku kes kecemasan di rumah, ahli keluarga tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan mangsa dan sebaliknya bertindak menelefon ambulan dan menunggu sahaja. “Lebih menyukarkan keadaan...
FILA keluarkan koleksi kasut inspirasi daripada The Powerpuff Girls
Gaya Hidup

FILA keluarkan koleksi kasut inspirasi daripada The Powerpuff Girls

Figura Powerpuff Girls tidak pernah ditelan zaman kerana tiga watak kartun comel itu boleh dikatakan menjadi kesukaan ramai sejak dulu hingga sekarang. Sweet Qismina (kiri) bersama Elyn, Tammy dan Jerene pada majlis pelancaran Fila x Powerpuff Girls di Sunway Oasis, baru-baru ini. Sehubungan itu, jenama besar  sukan ikonik, FILA mencetuskan gelombang nostalgia dan gaya dengan pelancaran koleksi FILA x The Powerpuff Girls dengan mengangkat hero kartun zaman kanak-kanak ke dalam rekaan moden yang penuh keunikan pesona muda. Koleksi ini menyerlahkan gaya harian yang ekspresif dan praktikal, mendorong peminat untuk menonjolkan identiti diri melalui fesyen, diolah semula untuk generasi pencipta gaya masa kini. Sweet Qismina pada majlis pelancaran kasut FILA x Powerpuff Girls...
NIVEA tingkatkan usaha perangi kanser payudara dengan sasaran dana RM7000
Gaya Hidup

NIVEA tingkatkan usaha perangi kanser payudara dengan sasaran dana RM7000

Oktober bulan yang sangat sinonim dengan tindakan memerangi kanser payudara dalam kalangan wanita seluruh dunia amnya dan wanita di Malaysia khususnya, justeru pelbagai kempen diadakan untuk terus mengingatkan kita supaya memerangi  musuh wanita sejagat ini walau apa cara sekalipun.. Berdasarkan kajian terdahulu, kanser payudara merangkumi 32.1 peratus daripada semua kes kanser wanita di Malaysia dan lebih separuh daripada diagnosis masih dilakukan pada peringkat yang lewat, sekali gus menegaskan betapa pentingnya pengesanan awal dan keberanian untuk bersuara. Dr Vierhaus bergambar bersama-sama dengan para jemputan pada majlis berkenaan. Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. Dr. Christopher Vierhaus, berkata pihaknya mengambil berat mengenai situasi kanser pay...
Amway komited tangani sel penuaan cara fitonutrien dan mikrobiom usus
i-Sihat

Amway komited tangani sel penuaan cara fitonutrien dan mikrobiom usus

Usia persaraan dinanti oleh hampir semua individu dengan impian untuk menikmati hidup sihat bersama pasangan, anak dan cucu mahupun sahabat handai serta berpeluang melalui percutian yang menggembirakan. Sehubungan itu untuk mendapatkan usia tua yang sihat, penggemblengan usaha ke arah memperoleh kehidupan cemerlang perlu dilakukan sejak awal dan tidak pernah terlambat untuk kesihatan yang menceriakan. Dari kiri - Mike, Jason dan Dr Syam di forum ringkas mengenai penjagaan kesihatan dari dalam menerusi pengambilan buah-buahan secara sihat. Pengarah Urusan Amway  Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina, Mike Duong berkata Amway secara global sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap kesihatan manusia menerusi kebolehupayaan yang ada pada pihaknya. "Sejak 50 tah...
Jaya Grocer Memperluas Barisan Grab Signatures Brands Bagi Private Labels, Memperkasa Usahawan Tempatan
Gaya Hidup

Jaya Grocer Memperluas Barisan Grab Signatures Brands Bagi Private Labels, Memperkasa Usahawan Tempatan

Jaya Grocer memperkasa usahawan tempatan dengan memperluaskan produk barisan Grab Signatur bagi label peribadi seperti Kfry, Village Park, Inside Scoop dan KGB yang sudah pasti dikenali ramai dalam kalangan penggemar makanan itu. Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng, berkata pihaknya teruja untuk memperluaskan rangkaian Private Labels mereka yang telah dikumpulkan dengan teliti bagi memenuhi citarasa dan kualiti yang diharapkan pelanggan. Village Park Sambal Nasi Lemak “Melalui Grab Signatures Brands, konsep ini telah membantu pemilik restoran mengurangkan jurang di antara restoran dan rak runcit, membawa rasa istimewa mereka dari meja makan di kedai ke dapur-dapur di rumah. “Hari ini, kami menambah lebih banyak jenama tempatan yang digemari dalam kalangan pelangga...