Friday, November 15

Nasi Dubai penuhi selera penggemar menu Timur Tengah

Nasi Arab atau nasi Mandy sering menjadi pilihan ramai sekiranya ingin menikmati hidangan yang ada elemen Timur Tengah, namun kini ada satu lagi nasi yang bakal menjadi saingan kepada kedua-dua jenis nasi ini, iaitu nasi Dubai.

Set Nasi Dubai boleh dibeli dengan minuman SipySip.

Meskipun masih baru dalam kalangan penggemar nasi yang dimasak menggunakan minyak sapi ini, nasi Dubai tidak kurang hebat penangannya kerana makin dikenali ramai.

Muhammad Taufik Alias atau lebih dikenali dengan nama Tuan Que di media sosial menawarkan nasi Dubai dan SipySip yang kini mula dikenali ramai.

Pengasas nasi Dubai, Muhammad Taufik Alias atau lebih dikenali dengan nama @tuan_q.u.e di media sosial berkata beliau memulakan perniagaan nasi Dubai bersama-sama rakan, Ashraf Bahador yang dikenali sebagai Chef7Negara di Tiktok.

“Saya pada awalnya berniaga air balang, SipySip tetapi setiap kali ada pelanggan yang datang membeli air, mereka bertanya ada jual makanan sekali atau tidak.

“Justeru, saya terfikir alangkah baiknya jika saya ada menjual makanan sebab kalau dah beli air SipySip, tak mustahil mereka nak beli makanan sekali,” katanya kepada Zonasuri menerusi aplikasi WhatSapp.

Ada dua jenis set nasi Dubai yang boleh dipilih pelanggan, Set Puas dan Set Jimat yang kedua-duanya mempunyai keenakan tersendiri.

Muhammad Taufik kemudian berbincang dengan Ashraf untuk memulakan perniagaan berasaskan nasi dan mereka sepakat untuk memperkenalkan nasi Dubai kerana Ashraf pernah menyediakan menu dimaksudkan ketika berkerja di Dubai, sebelum ini.

Nasi Dubai dengan lauk kambing, enak dan sedap.

“Nasi Dubai ini sangat istimewa kerana penyediaannya memerlukan tujuh jenis rempah yang mana ada yang dibawa dari Dubai dan ada juga kami gunakan rempah tempatan.

“Selain enak dimakan dengan ayam, nasi Dubai yang kami sediakan juga boleh dimakan dengan kambing, bergantung kepada citarasa masing-masing,” katanya yang pada masa ini menawarkan dua jenis set nasi Dubai.

Set Jimat dan set Puas nasi Dubai kedua-duanya boleh dibeli menerusi dalam talian di Shopeefood atau membuat pesanan terus  menerusi aplikasi WhatSapp di nombor 0148138003 terutama di kawasan Selayang dan Kuala Lumpur.

Nasi Dubai.

Sekiranya ada yang ingin membelinya sendiri, anda boleh mengunjungi Foodtruck SipySip di tapak pasar malam Selayang Mall setiap hari, bermula jam 12 tengah hari hingga 3.30 petang setiap hari kecuali Jumaat (tutup).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *