Manisan lazim dijadikan pemanis mulut tetamu yang datang berkunjung ke rumah sama ada ketika majlis berlangsung atau pada hari-hari biasa.
Tidak keterlaluan dikatakan manisan juga menjadi kegemaran semua tanpa mengira faktor usia atau bangsa sekalipun.
Dalam masyarakat Jepun, wagashi adalah antara manisan tradisional yang dihasilkan mengikut musim di negara matahari terbit itu.
Dihasilkan daripada pes kacang putih dan kacang merah, makanan comel itu ditempa dengan cukup berhati-hati dan halus seni buatannya.
Pembuat wagashi, Doris Lam Swee Li, berkata beliau memilih wagashi untuk dipelajari kerana sangat berminat dengan falsafah kerja tangan di sebalik rupa bentuk manisan kecil dan comel itu.
Kataanya beliau mengambil keputusan terbang ke Tokyo kira-kira lebib sepuluh tahun lalu untuk mempelajari seni membuat wagashi kerana tertarik dengan manisan kecil itu.
“Saya sangat tertarik dengan wagashi dengan manisan ini membuatkan saya berfikir bahawa sebagai manusia, kita boleh melakukan banyak perkara berfaedah dan ada kalanya kita mampu lakukan sesuatu di luar jangkauan.
“Termasuk dalam kategori mochi, wagashi juga memerlukan komitmen tinggi serta fokus kerana walaupun saiznya kecil, namun manisan ini menuntut kreativit dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya,” katanya ketika di temui di Akademi Masakan Malaysia di Ampang, baru-baru ini.
Doris yang juga tenaga pengajar di akademi berkenaan, selain mengajar membuat wagashi, beliau juga berkemahiran menghasilkan kek dengan perhisan ‘sculpture’ yang sangat cantik.
Ternyata wagashi bukan sekadar manisan, tetapi lebih kepada minat dan tumpuan kala menghasilkan bentuk atau corak pada bahagaian atas manisan berkenaan.
Berminat untuk mempelajari seni wagashi atau mahu menguji kesabaran dalam disiplin yang bersifat artisan ini, hubungi Doris menerusi instagram @malaysiacookingacademy.