Saturday, April 27

Atasi Dermatitis Atopik dengan Relizema Dermarel

Dermatitis Atopik (DA) atau Ekzema Atopik adalah penyakit kronik yang penghidapnya lebih 20 peratus adalah kanak-kanak dan 8 peratus orang dewasa di seluruh dunia.

Jumlah global yang dianggarkan adalah sekitar 230 juta itu terus bertambah, terutamanya di Asia, Afrika dan di Eropah Barat serta sebahagian Eropah Utara.

Sapuan krim mengandungi emolien boleh mengatasi keradangan dan kegatalan pada kulit.

Pengurus Produk Kumpulan bagi Portfolio Respiratori, Dermatologi & Kesakitan di A Menarini Singapore Pte Ltd, Christy Phang berkata, disebabkan DA adalah satu keadaan kronik yang masih tiada penawar, rawatan perlulah dirancang secara jangka panjang dan perhatian khusus haruslah diberikan kepada aspek keselamatan jangka panjang juga.

“Menerusi empat komponen utama, iaitu mengelakkan pencetusnya; penjagaan kulit secara harian; terapi anti-radang dan modaliti sokongan yang lain, rawatan untuk EA mensasarkan pengurangan jumlah keradangan selain merendahkan durasi dan kadar radangan bila ianya berlaku.

“Oleh yang demikian, Menarini berbesar hati memperkenalkan rangkaian Relizema™-Dermarel™ kepada rakyat Malaysia yang menghidapi DA bagi membantu merawat keadaan ini dengan lebih efektif,” kata Christy.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Dermatological Malaysia yang juga Perunding Dermatologis Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Noor Zalmy Azizan dan Perunding Pediatrik Dermatologis HKL, Dr Leong Kin Fon.

Datuk Dr Noor Zalmy Azizan.

DA adalah penyakit keradangan kronik yang menyebabkan kegatalan teruk dan kuping berlaku pada kulit akibat gatal sehingga mengganggu tidur mahupun  aktiviti harian penghidap.

Dalam kalangan bayi, DA bermula sebagai keruping di kepala yang kemudian merebak ke muka dan anggota badan, manakala bagi dewasa pula boleh memberi kesan kepada wajah dan bahagian alat sulit individu.

Stres oksidatif turut dikaitkan kepada patogenesis DA yang mana berlaku apabila pembentukan spesies oksigen reaktif (molekul reaktif dan radikal bebas daripada molekul oksigen) di dalam sel melebihi kapasiti sel itu untuk menyingkirkannya.

Christy berkata, biarpun kesedaran awam mengenai keadaan itu semakin menjadi kebiasaan, patogenesisnya masih kurang difahami.

“Patogenesis (mekanisme biologi yang menyebabkan penyakit) bagi EA adalah kompleks dan masih kurang difahami serta sering dikaitkan ketidakseimbangan lapisan perlindungan pada permukaan kulit, faktor imunologi dan pruritus (kegatalan).

“Stres oksidatif pula menggalakkan inflamasi pada tisu dengan mengakibatkan peningkatan pengeluaran protein yang terlibat dalam inflamasi secara genetik,” katanya.

Merawat DA

Antara beberapa cara untuk menghalang DA atau keradangan pada kulit ialah:

  1. Elakkan kulit mengalami kekeringan dengan penggunaan krim pelembap atau emolien setiap hari di samping mengelakkan punca kerengsaan seperti alergen dan fabrik yang mengakibatkan iritasi. Apabila kulit berada dalam keadaan lembap, risiko kegatalan dapat dikurangkan seterusnya jangkitan kulit juga akan berkurangan.
  • Elakkan mandi menggunakan air panas dan emolien perlulah disapu pada kulit sejurus selepas mandi bagi memastikan bahagian epidermis sentiasa lembap serta dapat menambahkan lapisan perlindungan kulit, manakala minyak mandian dapat membantu mengurangkan keradangan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk Relizema™-Dermarel™ dilayari https://www.relizema-dermarel.info/ atau rujuk kepada pegawai penjagaan kesihatan yang bertauliah untuk mengetahui di klinik terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *