Thursday, April 25

Rasa Sayang, Rasa Kuat di bulan Ramadan dengan Quaker Oats

Kedatangan Ramadan sering ditunggu seluruh umat Islam kerana selain melakukan ibadat wajib, ramai juga yang mengambil peluang mengatur jadual makan agar memperoleh kesihatan yang cemerlang.

Quaker Oats berkolaborasi dengan cef Anis Nabilah melancarkan promosi Rasa Sayang, Rasa Kuat di bulan Ramadan dengan Quakers Oats, berupaya menyelesaikan kebuntuan anda sekiranya tercari-cari menu apa yang ingin disediakan sepanjang Ramadan ini.

Kempen Rasa Sayang, Rasa Kuat daripada Quaker Oats mengenengahkan nilai nutrisi oat yang baik untuk kesihatan. Kredit foto: Quakeroats.com

Kempen yang berlangsung sepanjang Ramadan itu mengenengahkan nilai nutrisi oat yang kaya dengan serat, protein, beta glukan  dan vitamin serta garam galian penting terutamanya zat besi yang menyokong daya imuniti badan.

Pengurus Pemasaran Quaker Malaysia. Melinda Ong, berkata kempen itu juga bertujuan untuk memaklumkan cara memanfaatkan ‘super-grain’ pada setiap minggu kepada mereka yang berpuasa dengan menjadikan oat sebahagian daripada makanan untuk sahur dan berbuka puasa melalui penyediaan makanan secara kreatif.

“Kami merasa teruja untuk melancarkan kempen ‘Rasa Sayang, Rasa Kuat’ bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan penglibatan secara aktif daripada mereka yang berpuasa.

“Malah kempen ini juga berperanan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka dengan menawarkan maklumat yang berguna dan praktikal untuk menikmati kebaikan oat di bulan Ramadan,” katanya kepada media menerusi aplikasi Google Meet ketika sesi pelancaran kempen bersama media.

Aniss Nabilah berkongsi pelbagai menu dan pendapat dalam webisod Quaker Oats. Kredit foto: Instagram @anisnabilah

Turut hadir ialah Pengurus R&D dan Sains Hayat PepsiCo Asia, Dr Kit Phanvijhitsiri dan selebriti jemputan seperti Sazzy Falak, Nana Haleq, Atita Haris dan Elchah Hashah.

Sementara itu, Dr Kit Phanvijhitsiri berkata, pemakanan memainkan peranan penting untuk memastikan badan  berfungsi dengan baik dalam memenuhi keperluan harian.

“Sumber semula jadi zat besi di dalam oat menyokong daya imun, kandungan serat yang tinggi di dalam oat membolehkan mereka yang berpuasa berasa kenyang dengan lebih lama sambil membekalkan mereka tenaga yang tersedia.

“Tujuan kami memulakan kempen “Raya Sayang, Rasa Kuat”, bukan sahaja untuk menonjolkan manfaat oat, tetapi juga menunjukkan pelbagai cara menarik untuk menggunakan bijirin yang versatil ini bagi melengkapkan pemakanan kita,” katanya.

Resipi biskut onde-onde daripada Quaker Oats.

Kempen berkenaan juga menampilkan Anis dalam satu siri empat webisod iaitu pemakanan dan nutrisi semasa berpuasa, kesejahteraan semasa berpuasa, kekal bertenaga di bulan Ramadan dan rasa dan tampil hebat dalam membuat persiapan Raya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen itu, ikuti  saluran Youtube Quaker Malaysia: https://bit.ly/3rWaTnq atau laman Facebook Quaker Malaysia: https://www.facebook.com/QuakerMalaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *