BloomThis Lancar Kedai Bunga, Cenderahati E-Dagang

Bunga cederahati bersifat malar segar, tidak lapuk dek zaman dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat bahkan pemberian bunga kerap membawa kebaikan kepada individu atau penerima itu sendiri.

Giden Lim dan Penny Choo pada majlis pelancaran kedai fizikal BloomThis di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sehubungan itu, BloomThis, platform jualan cenderahati secara on-demand ulung Malaysia mengumumkan pembukaan kedai fizikal terbaharu di ibu pejabatnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BloomThis, Giden Lim, berkata pihaknya menyedari keperluan pengguna untuk berurusan secara nyata memandangkan BloomThis juga kini bertapak kukuh dalam industri flora negara.

 ”Kami menyedari kepentingan untuk berurus niaga dengan pelanggan secara bersemuka selepas kami bertapak kukuh dalam landskap e-dagang dan kedai fizikal ini menjadi penanda kepada misi kami untuk mewujudkan hubungan yang lebih mendalam dengan masyarakat serta memperhebat interaksi mereka dengan BloomThis,. 

Penny memperkenalkan bentuk cederahati yang ada di BlommThis.

“Cabaran mengharungi pandemik COVID-19 membuka mata kami untuk mengiktiraf nilai dalam hubungan manusia dan kami mahu menyediakan ruang untuk pelanggan meneliti tawaran kami secara langsung selain merasai sendiri keajaiban BloomThis,” katanya kepada media pada majlis pelancaran kedai fizikal syarikat berkenaan baru-baru ini.

Turut hadir, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan BloomThis, Penny Choo.

BloomThis juga diiktiraf sebagai satu syarikat Endeavor Malaysia, menyimpan matlamat untuk memanfaatkan kedai fizikal terbaharunya bagi melonjakkan jualan sebanyak dua kali ganda dan meluaskan jumlah pelanggannya, sekali gus meluaskan dan mengembangkan syarikat ke tahap seterusnya.

Rakan media berpeluang belajar menggubah bunga pada acara berkenaan.

Langkah tersebut menandakan komitmen BloomThis untuk mempelbagaikan saluran pengedarannya dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan, , terutamanya selepas COVID-19.

Lebih menarik, syarikat ini bukan sahaja menawarkan gubahan bunga segar semata-mata sebaliknya diberi nilai tambah dengan penawaran minyak wangi, kek dan anak patung sekiranya pelanggan berminat.

Penny menunjukkan spesies daisy kepada rakan media..

Giden berkata, pelan perniagaan strategik itu akan membolehkan BloomThis mengembangkan pelaburannya melangkaui portfolio e-dagang sedia ada dengan membuka cawangan kedai fizikal tambahan bagi mengukuhkan kehadiran pasaran syarikat dan komitmen BloomThis untuk memenuhi keperluan dan pilihan pelanggan di pelbagai lokasi. 

“Pelancaran kedai fizikal terbaharu ini merupakan satu lagi detik bermakna dalam strategi pengembangan BloomThis kerana ia memperhebatkan pengalaman berurusan dengan jenama BloomThis untuk komuniti pelanggannya yang dikenali sebagai Bloomies, rakan kongsi dan pihak berkepentingan lain.

“Pelancaran kedai jualan runcit fizikal ini selaras dengan visi BloomThis dalam mendefinisikan semula seni memberi hadiah dan gubahan bunga menerusi pengalaman yang diperibadikan untuk pelanggan.,” katanya.

Rakan media berpeluang belajar menggubah bunga pada acara berkenan.

Pada acara sama, rakan media turut diberi peluang melakukan aktiviti menggubah bunga dengan tunjuk ajar daripada petugas BloomThis selain diperkenalkan dengan pelbagai jenis bunga yang ditawarkan di premis berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *