Friday, April 26

Shake Shack bakal buka cawangan di Malaysia

Burger makanan kegemaran ramai kerana mudah diperoleh dan mengenyangkan menyebabkan makanan kombinasi roti dan isi daging atau ayam itu menjadi pilihan seluruh peringkat usia bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Shake Shack merentas Korea, Singapura dan Malaysia menjelang 2031.

Ketua Pegawai Pelesenan Global Shake Shack, Michael Kark, berkata konsep jualan burger di gerai memang diminati ramai menyebabkan pihaknya cukup terpesona dengan peminat burger yang sentiasa memberi sokongan.

“Kami masih terus terpesona dengan keghairahan peminat kami di seluruh dunia dan sangat teruja untuk mengumumkan pengembangan akan datang di Asia Tenggara.

“Ini merupakan negara keenam kami di Asia dan bersama-sama SPC Group, kami menjangka akan mempunyai lebih daripada 45 cawangan Shake Shack merentas Korea, Singapura dan Malaysia menjelang 2031,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Shake Shack ialah gerai burger ‘tepi jalan’ moden yang terkenal dengan burger daging Angus 100 peratus  semula jadi, sandwic ayam dan ‘hot dog’ daging lembu Vienna bermuka rata (dijamin tidak mengandungi hormon atau antibiotik), kastard beku diputar segar, kentang goreng ‘crinkle cut’ dan banyak lagi.

Dengan makanan yang segar, ringkas dan berkualiti tinggi pada nilai yang hebat, Shake Shack menjadi tempat perhimpunan komuniti yang menyeronokkan dan meriah dengan tarikan yang meluas.

Sementara itu, Naib Presiden SPC Group Korea, HeeSoo Hur berkata pihaknya mengalu-alukan peluang untuk mengeratkan hubungan dua negara dan membawa misi jenama berkenaan iaitu Stand for Something Good ke Malaysia.

“Perjanjian baharu itu meningkatkan jumlah cawangan Shake Shack dalam kontrak dengan SPC Group kepada 45 menjelang 2031. SPC Group ialah syarikat makanan global terkemuka yang berpangkalan di Korea Selatan dengan 30 jenama dan lebih 7,000 kedai di seluruh dunia.

“SPC Group dan Shake Shack telah mewujudkan perkongsian jangka panjang yang berjaya, yang telah membawa 28 cawangan Shack ke Korea dan Singapura sepanjang lima tahun yang lalu,” katanya.

Sejak cawangan Shack asal dibuka pada 2004 di Madison Square Park,NYC, syarikat itu telah berkembang ke lebih daripada 350 lokasi, di 30 negeri serta Washington D.C. di Amerika Syarikat dan juga termasuk lebih daripada 120 lokasi antarabangsa antaranya di London, Hong Kong, Shanghai, Singapura, Filipina, Mexico, Istanbul, Dubai, Tokyo, Seoul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *