Saturday, October 12

Pakej Merdeka Desaru Coast tawar penjimatan hebat!

Desaru Coast merangkumi pelbagai pusat peranginan dan taman tema di dalam kawasan seluas 3,900 ekar di perairan Johor.

DESARU: Bagi mereka yang mencari destinasi pelancongan untuk seisi keluarga, apa kata berkunjung ke Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) yang terletak di selatan tanah air.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, permata di persisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia itu menyediakan pelbagai tawaran terbaik bagi orang ramai yang pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja

Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Hoe Teck Wei, berkata Desaru Coast menawarkan pelbagai penjimatan unik sama ada pakej penginapan, aneka premis makanan mahupun pengalaman menyeronokkan di Adventure Waterpark.

“Jika ada satu destinasi percutian yang boleh menawarkan sesuatu untuk setiap ahli keluarga anda, ia sudah tentunya Desaru Coast! Sebagai negara yang majmuk, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, festival dan hari perayaan, dan keunikan ini terserlah di Desaru Coast. 

“Selain pelbagai tempat tarikan dan pantai yang indah, pengunjung  boleh menikmati pengalaman terbaik dari timur mahupun barat melalui aktiviti yang dirancang  dengan teliti dan pilihan makanan serta minuman yang menyelerakan di destinasi kami. Khas sempena bulan Kemerdekaan kali ini, kami menyediakan pelbagai tawaran untuk meraikannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan keluasan 3,900 ekar sepanjang persisiran pantai 17 km yang tidak tercemar, Desaru Coast sudah tentu memiliki segala-galanya, seperti hotel dan pusat peranginan terkenal di seluruh dunia, keindahan alam semula jadi, taman tema air yang juga antara terbesar di dunia, padang golf serta kemudahan membeli-belah.

Tidak sukar untuk pergi ke Desaru Coast yang mudah diakses melalui jalan raya, udara dan laut. Perjalanan menaiki kenderaan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa lima jam atau kira-kira 340 km, namun dari Johor Bahru hanya mengambil masa kira-kira 40 minit (80 km).

Berikut 3 pakej menarik ditawarkan di Desaru Coast:

1. Keseronokan @ Adventure Waterpark

Pelbagai permainan menyeronokkan untuk seisi keluarga di Adventure Waterpark.

Adventure Park pastinya Antara tarikan terbesar untuk keluarga di Desaru Coast. Dengan keluasan melebihi 25 ekar, Adventure Waterpark adalah antara taman tema air terbesar di dunia yang menampilkan lebih daripada 20 jenis permainan, gelongsor dan tarikan yang unik, sama ada basah atau kering.

Taman air ini berlatarbelakangkan perkampungan nelayan Melayu, di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai permainan dan tarikan yang sesetengahnya tidak terdapat di tempat lain di dalam negara ini, seperti water coaster yang pertama di rantau ini.

Bagi memudahkan keluarga untuk menikmati pelbagai tarikan yang wajib dikunjungi ini, Adventure Waterpark menawarkan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk semua pemegang MyKad, yang membolehkan anda mendapatkan tiket kedua secara percuma dengan setiap pembelian tiket harian dewasa atau kanak-kanak.

Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos dan boleh didapati secara eksklusif di laman sesawang Desaru Coast dengan kod promosi ‘WEAREOPEN’. Antara aktiviti yang disediakan pada 30 dan 31 Ogos 2020:

  • perarakan pancaragam (10.00 pagi, 1.30 petang dan 5.30 petang)
  • persembahan nyanyian jalanan, permainan kuiz kilat dan pesta muzik bersama DJ pada jam 1.00 petang
  • sesi berzumba di dalam air yang boleh disertai seisi keluarga pada jam 3.00 petang.
  • gerai permainan percuma (dibuka pada jam 10.00 pagi)
  • zon permainan berisi angin (inflatable) (dibuka pada jam 12.00 tengah hari)
  • peraduan mewarna Merdeka pada jam 1.00 petang
  • cabaran Wira Warrior (2.00 petang dan 4.00 petang)
  • persembahan Solo Angklung Merdeka (10.30 pagi, 2.30 petang dan 5.00 petang)
Permainan Kraken Revenge yang pasti menyeronokkan anda sekeluarga.

2. Pelbagai hidangan Malaysia

Bermula 17 sehingga 31 Ogos 2020, pengunjung boleh menikmati beraneka juadah yang enak yang disediakan khas di hotel-hotel dan tempat tarikan di Desaru Coast.

Pengunjung ke Desaru Coast pada hujung minggu Merdeka ini berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan seperti  minuman istimewa, manisan dan juadah tradisional di restoran-restoran yang mengambil bahagian di Desaru Coast, termasuk Els Club Desaru Coast, Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas.

Pengunjung Adventure Park pula boleh menikmati hidangan di Beachside Cabana atau mendapatkan penjimatan besar dengan ‘63 Merdeka Combo’ di River Grill yang boleh didapati pada harga RM63.00 bagi setiap set.

Terdapat dua set pilihan untuk tawaran ini:

  • Set pertama termasuk sosej gril, dua hidangan nasi ayam panggang dan tiga cawan minuman ringan.
  • Set kedua termasuk satu hidangan rooster & cheese hot dock, empat ketul ayam goreng, setiap hidangan disertakan dengan kentang goreng kekisi dan sayuran coleslaw pelangi, tiga cawan minuman ringan dan tiga manisan Tropicana Lime Vanilla.

3. Pelbagai pilihan tempat penginapan

Nikmati suasana nyaman di pantai Desaru Coast.

Lazimnya percutian ke Adventure Waterpack memerlukan pengunjung untuk menginap sekurang-kurangnya dua hari satu malam. Terdapat banyak hotel dan pusat peranginan di Desaru yang kini pesat membangun, namun mengapa perlu pergi jauh kerana Desaru Coast menyedia pelbagai pilihan penginapan.

Untuk memeriahkan lagi percutian hujung minggu Merdeka, Desaru Coast menawarkan dua pakej percutian yang hebat iaitu Sun-tastic Getaway dan Golf Galore@Desaru Coast dengan penjimatan sehingga 60 peratus.

Tawaran masa terhad ini adalah sah sehingga 23 Disember 2020 (tertakluk kepada terma dan syarat). Berikut adalah dua pakej penginapan yang disediakan.

a. Nikmati sinaran suria dalam hidup anda

Promosi Sun-tastic Getaway ditawarkan pada harga bermula daripada RM689 untuk penginapan dua hari, satu malam bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak dengan aktiviti terancang di dalam serta di sekitar destinasi Desaru.

Pakej ini termasuk penginapan di tiga hotel bertaraf premium, iaitu Hard Rock Hotel, The Westin dan Anantara, termasuk kredit sehingga RM100 yang boleh digunakan di dalam pusat peranginan ini.

b. Pakej Golf Galore

Bagi penggemar golf, Promosi Golf Galore Desaru Coast menawarkan bilik dengan katil berkembar pada harga bermula daripada RM799 untuk seorang bagi penginapan dua hari, satu malam.

Pakej ini termasuk penginapan hotel, permainan golf tanpa had di The Els Club Desaru Coast Ocean Course dan juga akses tanpa had ke padang golf Sembilan  lubang Academy Course dan lapangan sasar.

Oleh itu, apa tunggu lagi, rancang percutian ini di lokasi menarik di Johor yang menjanjikan pengalaman percutian unggul. Anda disaran untuk membuat tempahan awal. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.desarucoast.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *