Thursday, April 25

Cold V bantu kulit tegang

Bayangkan jika anda memiliki badan ramping dan menjalani diet seimbang, tetapi kulit pada bahagian bawah lengan menggeleber akibat penurunan berat badan.

MInyak kelapa baik untuk kulit. Kredit foto: klikdokter.com

Lebih memburukkan keadaan, kulit pada bahagian bawah perut  juga  menjadi lembik dan mengendur disebabkan kesan sama, iaitu penurunan berat badan yang tidak disertai senaman atau latihan fizikal.

Sehubungan itu, pastikan senaman membabitkan pergerakan fizikal dilakukan bagi mengelakkan kulit pada bahagian tertentu anggota badan tidak kelihatan buruk.

Namun begitu, mungkin ada antara kita tidak mempunyai kesempatan untuk melakukan senaman fizikal bagi mengelakkan kulit pada bahagian tertentu badan mengendur.

Krim sejuk daripada ekstrak bahan alami ini diyakini mampu memecahkan lemak di bawah kulit. Kredit foto: Iman Beauty HQ.

Krim daripada ekstrak bahan alami seperti minyak biji bunga matahari berupaya menegangkan kulit jika digunakan secara berkala dan menyapu mengikut peraturan yang disarankan.

Pengasan Iman Beauty, Datin Thalia Baiduri, 33, berkata krim dinamakan Cold V yang dihasilkan Iman Beauty berupaya membantu wanita menegangkan kulit secara sihat tanpa perlu melakukan senaman.

“Krim sejuk yang berfungsi membakar lemak dari luar ini mampu menegangkan kulit, terutama pada bahagian bawah lengan yang lazim menggeleber apabila berat badan mula menurun.

“Walaupun terlindung, sebagai wanita kita sendiri tidak mahu melihatnya menggeleber dan mahu dilihat tegang, langsung selesa untuk mengenakan baju yang menepati saiz badan,” katanya ketika ditemui di Damansara, baru-baru ini.

Pengasas Iman Beauty, Datin Thalia Baiduri Abd Rashud. Foto: Arkib Zona Suri.

Krim sejuk yang dihasilkan dengan teknologi ‘V fusion hidrolisis’ itu akan menyebabkan lemak berpecah dan terbakar.

Dihasilkan daripada lima bahan antaranya biji bunga matahari, aqua, guarana, minyak kelapa dan ekstrak herba Inggeris yang selain berfungsi memecahkan lemak, juga berupaya melegakan kegatalan pada kulit serta mengatasi eczema.

Beliau berkata, krim berkenaan juga berfungsi menghilangkan parut pada kulit selain melembap, menegang dan membuang lemak yang terselindung di bawah kulit.

Ekstrak biji bunga matahari antara bahan yang digunakan dalam pembuatan krim sejuk V Cold. Kredit foto: Shopee.com

Kelebihan lain krim itu, tiada rasa rengsa atau gatal jika disapukan pada kulit, sebaliknya rasa nyaman dan melegakan.

“Krim berkenaan juga disaran disapu pada kulit selepas mandi. Kesannya akan lebih cepat dilihat jika menggunakannnya secara konsisten.

“Bagaimana mahu menggunakannya, sapu krim berkenaan ke bahagian kulit yang mahu ditegangkan sekali sehari dengan cara urut sekata mengikut arah jam dari atas ke bawah sehingga menyerap sepenuhnya pada kulit,” katanya.

Ditawarkan pada harga RM79, Cold V boleh diperoleh secara dalam talian atau kunjungi mana-mana stokis Beauty Iman di sekitar Lembah Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *