Friday, April 26

Mikroalga bantu alami penuaan secara sihat, tiada penyakit

Penting bagi setiap individu melindungi diri daripada tekanan oksidatif yang disebakan radikal bebas  yang ada di dalam sel tubuh badan kerana radikal bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Antara penyakit kronik berpunca daripada radikal bebas adalah seperti barah, kencing manis, Alzhemeir dan penyakit berkaitan kardiovaskular.

Radikal bebas dalam sel badan juga akan menyebabkan berlakunya kerosakan sel, protein dan DNA tubuh badan manusia.

Prof Arbakariya (kiri) dan Lee Bin Hao ketika ditemui usai majlis berkenaan. Foto: Arkib Zona Suri.

Sehubungan itu, antioksidan diperlukan oleh setiap individu bagi mengelakkan badan berhadapan masalah yang membawa kepada penuaan pramatang termasuklah faktor yang lebih memburukkan lagi tahap kesihatan seperti gaya hidup, tekanan dan pencemaran.

Ketua Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (BBRC), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Arbakariya Ariff berkata, jalan penyelesaian perlu dicari bagi mengatasi yang disebabkan oleh radikal bebas.

Katanya, mikroalga adalah bahan yang dikenal pasti mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan  serta boleh mengatasi masalah disebabkan radikal bebas.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesanan TetraSOD (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain.

“Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh pengingkatan umur dan membolehkan orang ramai mengalami penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh dengan cepat daripada penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama antara BBRC dan PNT Research yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan PNT Research, Lee Bin Hao dan Penyelidik UPM, Dr Fadzlie Wong Faisal Wong. Kredit foto: Bernama.com

Kerjasama antara BBRC dan PNT Research berkenaan memfokus kepada usaha meningkatkan keberkesahan bahan-bahan berfungsi seperti mikroalga yang boleh dimanfaatkan untuk mencegah tekanan oksidatif.

Arbakariya berkata, mikroalga laut Tetra SOD dianggap sebagai bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat untuk memerang tekanan oksidatif.

Antioksidan  sangat bermanfaat untuk tubuh badan terutama  bagi melindungi sel-sel  mengalami keroakan disebabkan oleh radikal bebas yang ada dalam udara atau persekitaran hidup kita.

Sementara itu, Lee menyatakan bahawa kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat mudah dan jelas, untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna.

“Penduduk dunai semakin menua dan Malaysia tidak terkecuali. Sebagai rakyat yang patriotic kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat, bermula dengan TetraSOD.

“Usaha kami akan dibangunkan berdasarkan landasan sains yang kukuh, dengan mengambil kira keperluan akademik, industri dan penguna,” katanya pada majlis sama.

3 Fakta penting mengenai Tetra SOD

  1. TetraSOD adalah ramuan lengkap dan komprehensif untuk untuk kategori nutraseutikal Penuaan Sihat serta merupakan sumber SOD yang paling padat di pasaran.
  2. SOD bersama dengan catalase (CAT) dan gluthatione peroxidase (GPx)adalah pelindung utama sel tehadap tekanan oksidatif yang merupakan penyebab utama penuaan.
  3. TetraSOD juga mendorong homeostasis redoks yang diperlukan untuk kesinambungan pelbagai proses selular, termasuk reaksi pengurangan oksidasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *