Tuesday, November 5

Nama bayi lelaki Puteri Eugenie masih jadi tanda tanya

Kelahiran bayi sulung Puteri Eugenie dan suami, Jack Brooksbank menjadi bualan dan tumpuan ramai kerana bayi lelaki berkenaan masih lagi tidak bernama.

Bukan satu atau dua, malah berderet nama yang diramalkan bakal diberikan kepada cicit Ratu Elizabet dan Putera Phillips itu yang cukup sinonim dengan takhta diraja Inggeris.

Puteri Eugenie ketika majlis perkahwinannya dengan Jack Brooksbank di gereja St George, Windsor Castle, Windsor, Britain. Kredit foto: Danny Lawson/Pool via REUTERS

Nampak gayanya, apa sahaja berita atau peristiwa yang berlaku di dalam kalangan keluarga di raja Britain akan menjadi perhatian masyarakat seluruh dunia baik cerita mengenai menantu atau anak Ratu Elizabeth.

Puteri Eugenie adalah anak kepada Ducches of York, Sarah Ferguson dengan Putera Andrew yang juga adik kepada Putera Charles.

Pelbagai nama dikatakan bakal diberikan kepada bayi berkenaan yang dilahirkan pada 9 Februari lalu di Hospital Portland, iatu hospital yang sama tempat ibunya dilahirkan pada 1990.

Gambar dikongsi Puteri Eugenie di laman sosial miliknya. Foto kredit: Instagram @princesseuenie

Majalah Hello melaporkan antara nama-nama yang timbul ialah Edward, Philip, James dan tidak hairanlah jika pasangan muda ini tidak akan memdedahkan nama anak mereka awal kerana Meghan Markhel dan Duches Kate juga mengambil masa selepas dua hari baharulah berkongsi nama anak mereka dengan masyarakat umum.

Bayi dilahirkan Puteri Eugenie seberat 2.3 kg itu juga adalah cucu kesembilan ratu Elizabeth dan masih belum diberikan nama sehingga artikel ini dihasilkan.

Kita nantikan apakah nama bayi berkenaan berbau tradisi sebagaimana Puter Harry dan Meghan Markhel yang menamakan bayi mereka mengikut tradisi keluarga diraja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *