Thursday, March 28

Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka

Datuk Seri Meer (lima dari kanan) menunjukkan syiling emas habis edisi terhad Merdeka.

AMPANG: Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini, jenama barang kemas tempatan, Habib mengeluarkan syiling emas edisi terhad Merdeka seberat 0.2 gram yang direka khas oleh pereka jenama terkenal itu.

Syiling edisi terhad itu dijual di semua cawangan Habib di seluruh negara pada harga serendah RM118 dan amat sesuai bagi pengumpul syiling yang ingin mengabadikan sambutan bulan Kemerdekaan ke-63 pada 2020 ini.

Syilis emas edisi terhad Merdeka yang dikeluarkan Habib bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan 2020.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, berkata pelancaran syiling emas eksklusif di Habib itu amat bermakna bagi kumpulan Habib yang juga antara jenama tempatan paling berjaya di negara ini.

“Sejak kebelakangan ini harga emas tidak begitu menentu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia terutama dalam suasana ketika ini apabila dunia berdepan dengan wabak COVID-19.

“Oleh itu, Habib mengembil inisiatif untuk melancarkan syiling emas edisi terhad Merdekaini untuk penggemar barangan seperti ini,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Habib sebagai penaja utama barang kemas Ratu Malaysia Universe 2020, di Ampang, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib, Datin Seri Zarida Noordin dan Ratu Malaysia Universe 2019, Shweta Sekhon.

Habib penaja utama Pertandingan Ratu Malaysia Universe 2020

Shweta (lima dari kanan) bersama-sama sebahagian daripada peserta akhir Pertandingan Ratu Malaysia Universe 2020 memperagakan barang kemas terkini Habib.

Tahun ini adalah kali kedua jenama terkemuka itu menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Ratu Malaysia Universe (MUMO).

Pada majlis itu, peserta akhir Pertandingan Ratu Malaysia Universe 2020 turut memperagakan pelbagai himpunan baharu Habib yang diperkenalkan pada tahun ini.

Seorang peserta Pertandingan Ratu Malaysia Universe 2020 memakai barang kemas Habib.

Malam Gala Pertandingan Ratu Malaysia Universe 2020 akan diadakan pada 5 September 2020 dan buat pertama kalinya, upacara pemahkotaan Ratu Malaysia Universe akan diadakan secara atas talian menerusi siaran langsung daripada www.missuniversemalaysia.com.my

Pada majlis itu, seorang peserta bakal diumumkan sebagai Ratu Habib. Pemenang akan dipilih menerusi undian yang dilakukan dalam media sosial Habib.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *