Saturday, April 20

Coli Fit Smart 2.0 Triumph ikut bentuk badan wanita

Coli baharu Smart Fit Triumph memberi kelenturan sempurna apabila dipakai. (Gambar kredit Triumph)

KUALA LUMPUR: Jenama pakaian dalam terkemuka, Triumph yang menjadi teman setia setiap wanita sejak 1886, memperkenalkan coli Fit Smart terbaharu yang dikenali sebagai Fit Smart 2.0.

Produk itu yang mula berada di pasaran Ogos ini, dicipta berdasarkan keperluan wanita sepenuhnya terutama dengan sentuhan kewanitaan baharu seperti renda dan jahitan yang ditempa khas bagi menyokong dan mengikut bentuk tubuh.

Rekaan unik itu adalah tanda pengenalan teknologi 4 Dimensi (4D) yang sinonim dengan Triumph bagi menjamin pemakaian lebih selesa dan sempurna.

Selain itu, mangkuk coli busa regangan 4D turut digunakan untuk lebih keselesaan dan fleksibiliti.

Coli tanpa dawai cita rasa wanita ini menggunakan teknologi pakar untuk menyokong payudara bagi bentuk dan anjakan yang sempurna.

Antara ciri lain yang menjadikan coli baharu ini lebih menarik ialah tali coli yang direka dengan kancing khas, bagi membolehkan coli Fit Smart 2.0 Triumph ini digayakan dengan bentuk silang belakang untuk tampil berfesyen.

Coli Fit Smart 2.0 Tiumph direka bagi memenuhi keperluan setiap bentuk badan wanita. (Kredit: Triumph)

Pelanggan boleh memilih daripada saiz S, M, L dan XL dengan pilihan warna Dusty Pink, Twilight Grey dan Black bersama seluar pendek mini sepadan.

Coli Fit Smart 2.0 Triumph ditawarkan pada harga RM249, manakala celana dalam pada harga RM79.90.

Bagi memudahkan pelanggan setianya yang ingin membeli produk baharu ini terutama sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) ini, Triumph memperkenalkan kemudahan pembelian atas talian menerusi https://my.triumph.com/collections/fit-smart-2-0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *