Thursday, May 2

Kasut MBT selesa untuk beriadah

Berlari atau berjalan laju sering menjadi pilihan warga Malaysia sebagai kegiatan sihat pada hujung minggu andai berkesempatan, namun ada juga yang jarang melakukannya kerana mengalami ketidakselesaan pada kaki akibat kasut tidak sesuai.

Sehubungan itu, penting untuk individu memiliki kasut yang benar-benar selesa untuk dipakai ketika beriadah bagi menjamin keselesaan dan tiada kesan sampingan selepas melakukannya.

Majlis pelncaran butik kasut MBT di TRX berlangsung meriah.
Pengerusi Masai Barefoot Technology (MBT), Andy Chew berkata, pihaknya melakukan pelbagai kajian untuk mencipta kasut sesuai bagi kegunaan mereka yang gemar melakukan aktiviti larian dan yang seumpamanya.
“Kami telah mengubah kehidupan melalui pergerakan dan mahu mengubahnya lebih lagi. Kasut kami dibuat untuk kegunaan berjalan dan mereka yang ingin memanfaatkan setiap langkah yang mereka ambil.

“MBT yang juga jenama kasut revolusioner yang terdapat di lebih 40 negara, kini ada di Malaysia untuk menyediakan pendekatan baharu kepada penggemarnya menikmati faedah kasut, menampilkan Tapak Lengkung Berpaten MBT yang unik dan  berteknologi maju,” katanya.

MBT, jenama Swiss Engineered dan Physiological Footwear asli sejak 1996 adalah singkatan daripada Masai Barefoot Technology dengan pemahaman yang mahir mengenai tubuh manusia dan pergerakannya.
Katanya, jenama berkenaan dihasilkan khusus memahami keperluan setiap individu menjalani kegiatan harian atau riadah tanpa sebarang kesan yang tidak menyenangkan selepas kegiatan seperti larian mahupun menapak.
Struktur bahagian dalam kasut MBT yang direka khusus untuk keselesaan kaki.
“MBT memiliki pendekatan unik untuk kesejahteraan dengan menggalakkan keselesaan dalam setiap langkah, merangsang pemakai kasutnya untuk kekal aktif dan mengekalkan gaya hidup sihat serta membolehkan mereka menjalani kehidupan serta menikmati kehidupan sepenuhnya.
“Lengkungan semula jadi tapak MBT direka untuk menjadikan pemakainya selesa seolah-olah sama seperti berjalan di atas permukaan yang lembut dan tidak rata. 
“Teknologi tunggal kami yang dipatenkan memberikan keselesaan terunggul dalam pergerakan di seluruh dunia selama 27 tahun kerana  membolehkan anda menikmati faedah semula jadi berjalan. 
Antara kasut MBT yang tersedia untuk pelanggan.
Tambahnya lagi, fungsi khusus kasut MBT dibuktikan secara saintifik selama lebih sepuluh tahun oleh pelbagai institusi terbaik dunia dan disyorkan oleh doktor serta jurulatih kecergasan.

Lebih mengujakan, semua Kasut MBT didatangkan dengan tapak  MBT Curved yang dipatenkan dengan tapak melengkung terdiri daripada lima komponen utama – Insole Poliuretana berkontur, Tangkai Kejuruteraan, Tapak Tengah dengan Paksi Pangsi, Teknologi Sensor MBT TM dan Tapak Luar Traksi Dipertingkat.

Kelima-lima paten berkenaan  menggalakkan gerakan putaran lembut yang dialami ketika memakai kasut MBT sekali gus menjadikan kasut berkenaan unik dan benar-benar bermanfaat.

SensorTechnologyTM MBT yang dipatenkan menghasilkan apa yang digambarkan sebagai perasaan yang menyenangkan dan semula jadi seperti individu berjalan atau melangkah di pasiran pantai yang selesa.

Pivot Axis umpamanya menggalakkan pergerakan berputar yang seterusnya boleh membantu meningkatkan pengaktifan otot anggota bawah dalam setiap langkah individu.

Lebih 70 kajian bebas yang dilakukankan di seluruh dunia mengenal pasti bahawa faedah kasut tapak kaki melengkung MBT antaranya termasuk postur dan keseimbangan yang lebih baik, peningkatan pengaktifan otot, mengurangkan sakit bahagian bawah belakang  dan pemulihan yang dipertingkatkan MBT ialah peranti perubatan kelas satu yang diperakui di Eropah.
Ada banyak plihan kasut ditawarkan MBT.
Andy berkata, beberapa model MBT, termasuk lima gaya larian prestasi dalam katalog Musim Bunga/Musim Panas 2024, diperakui Mohor Penerimaan Persatuan Perubatan Pediatrik Amerika. 

Sementara itu, penulis berpeluang  mencuba sepasang kasut MBT dan mendapati kasut berkenaan amat selesa untuk dipakai ketika berjalan mahupun berlari kerana tapak lebar ‘curved’ yang dihasilkan menyokong berat badan sekali gus tiada rasa tidak selesa pada bahagian tumit ketika atau selepas dipakai.

Ruang pameran yang luas menyediakan keselesaan kepada pelanggan untuk mencuba kasut yang dikehedaki.

Lebih mengujakan, kusyen lembut pada bahagian dalam melindungi kaki daripada sebarang rasa tidak selesa, berpotongan lebar yang berfungsi menyediakan ruang untuk kaki bergerak atau berlari.

Sehubungan itu, dapatkan MBt di Aras 2 TRX Exchange dengan perlbagai pilihan potongan menanti anda.

Panduan memilih kasut untuk riadah:

  1. Pastikan ada sedikit ruang pada bahagian dalam hujung kasut bagi memastikan jari boleh bergerak dengan selesa ketika berlari atau berjalan.
  2. Pilih kasut bertapak lebar untuk individu bertubuh gempal.
  3. Pilih kasut yang mempunyai lapisan kusyen sesuai bagi memastikan kasut dapat menampung berat badan dan tidak sakit apabila dipakai.
  4. Cuba kedua-dua belah kasut dengan berjalan beberapa langkah untuk memastikan kasut berkenaan kena dengan kaki anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *