Friday, April 26

i-Sihat

Gleneagles Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung
i-Sihat

Gleneagles Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung

Hospital Gleneagles Pulau Pinang, baru-baru ini menganjurkan kempen ‘Hari Kesedaran Jantung’ di Gurney Paragon sempena Hari Jantung Sedunia 2023. Kempen dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat terhadap penyakit jantung dan risikonya selain memangkin penyebaran ilmu pengetahuan kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung. Kempen Hari Kesedaran Jantung 2023 dilancarkan Hospital Gleneagles Pulau Pinang, baru-baru ini. Pengurus Pemasaran Kanan, Hospital Gleneagles Pulau Pinang (Gleneagles PP), Ai Leen Foo, berkata dengan tema ‘Use Heart, Know Heart pihaknya mengambil pendekatan proaktif untuk masyarakat dapat memantau kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung. "Gleneagles PP sangat komited untuk kesejahteraan masyarakat kita dan salah satu usaha untuk...
IHH Healthcare Malaysia lancar kempen kemahiran asas menyelamat nyawa
i-Sihat

IHH Healthcare Malaysia lancar kempen kemahiran asas menyelamat nyawa

Kejadian tidak diduga seperti mengalami masalah pernafasan yang memerlukan bantuan pertolongan cemas sering dipandang remeh sama ada di tempat kerja, di rumah mahupun di kawasan awam. Jean-Francois Naa (tengah) melancarkan kempen Ready For You di ibu kota baru-baru ini. Sehubungan itu, penting bagi setiap individu mengetahui teknik atau cara memberi pertolongan cemas yang betul kepada mangsa kerana kejadian ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira lokasi atau situasi Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Jean-François Naa berkata, pihaknya sentiasa bersiap-siaga untuk memberi sebarang bantuan sewaktu kecemasan, namun dalam situasi tertentu ada tindakan yang perlu dilakukan secara segera. “Sebagai penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia, ...
Kesihatan gigi kanak-kanak perlu diutamakan
i-Sihat

Kesihatan gigi kanak-kanak perlu diutamakan

Senario kanak-kanak bergigi rongak atau gigi rosak sering dianggap perkara biasa dalam masyarakat kita sejak berzaman, namun hakikatnya keadaan berkenaan perlu dipandang serius kerana boleh mendatangkan kesan tidak baik untuk kanak-kanak itu sendiri. Penjagaan gigi kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Kredit foto: Prof Madya Dr Nor Azlida Mohd Yusof (Sumber gambar: Murthy et al. 2013, Journal of Advanced Oral Research.) Pensyarah Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Prof Zamros Yuzadi Mohd Yusof, berkata Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan program penjagaan gigi kanak-kanak di mana setiap tahun juruterapi pergigian akan melawat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menjalankan pemeriksaan gigi, rawatan preventif serta...
Eye Mo Didik, Perkasakan Rakyat Malaysia untuk  dapatkan ‘yang sebenar!’
i-Sihat

Eye Mo Didik, Perkasakan Rakyat Malaysia untuk dapatkan ‘yang sebenar!’

Dalam keadaan cuaca panas, mata  paling cepat mengalami kesan seperti iritasi atau kekeringan menyebabkan bertukar kemerah-merahan atau berasa pedih apabila digosok dengan jari. Luqman menggunakan Eye Mo untuk kesihatan mata. Sehubungan itu elakkan menggosok mata sekiranya berasa gatal atau gunakan titisan mata Eye Mo bagi mengatasi masalah berkenaan. Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar, Weitarsa ​​​​Hendarto berkata, Eye Mo melancarkan Kempen “The Real Thing” untuk terus meningkatkan kesedaran bahawa Eye Mo sudah kembali di pasaran. Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar, Weitarsa ​​​​Hendarto “Kempen ini juga bertujuan mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk bertegas meminta Eye Mo apabila mereka mah...
Libresse lancar V- Kebaya Edisi Terhad untuk wanita
i-Sihat

Libresse lancar V- Kebaya Edisi Terhad untuk wanita

Sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu, jenama Libresse melancarkan koleksi baharu Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad yang direka bagi mengembalikan keyakinan Zon-V melalui interpretasi moden corak Kebaya Nyonya. Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad. Libresse® yang terkenal dengan perjuangan dan usaha memperkasa wanita Malaysia, menggunakan corak bunga kekwa dan peony di atas kebaya yang menghias rekaan bungkusan dan pad edisi ini untuk meraikan semangat wanita Malaysia yang kekal yakin dalam usaha  menormalkan tabu berkaitan Zon-V. Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin Vinda Malaysia, Deenie Ong, berkata Kebaya Nyonya kekal menjadi ikon pakaian tradisi disukai  wanita Malaysia dan ini memberi inspirasi kepada pihaknya untuk melancarkan koleksi edisi terhad Hari Malaysia yang ...
Pfizer lancar antibiotik baharu
i-Sihat, Zona Didik

Pfizer lancar antibiotik baharu

Antibiotik sering diabaikan pengambilannya dan tidak mengikut saranan doktor sepenuhnya walaupun fungsinya sangat besar dalam memastikan kesihatan individu berada pada tahap memuaskan. Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Jerusha Naidoo, Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Jerusha Naidoo, berkata Pfizer secara rasmi melancarkan Zavicefta®, sejenis antibiotik gabungan baharu yang dihasilkan untuk merawat jangkitan serius bakteria Gram-negatif yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital, di Malaysia. “Zavicefta® dilancarkan untuk membantu pesakit yang mengalami jangkitan serius dan dihasilkan untuk menangani bakteria Gram-negatif yang sukar dirawat, di mana banyak jenis semakin kuat rintangan terhadap antibiotik sedia ada. “Terapi antibiotik awal yang mencukupi adalah pe...
OYO lancar VaccinAid di Malaysia
i-Sihat

OYO lancar VaccinAid di Malaysia

Pengambilan vaksin penting bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 sekali gus menyediakan benteng pertahanan untuk badan supaya mampu melawan virus berkenaan. Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia & Singapura, Tan Ming Luk. Kredit Foto: Rantau Golin Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia &Singapura, Tan Ming Luk,  berkata, selaras dengan tuntutan kerajaan yang menyediakan suntikan vaksin percuma untuk rakyat,  OYO menjalakann langkah seiring untuk memudahkan pengunjung atau pelanggan OYO menyemak status kakitangan hotel sekiranya mereka ingin menginap di situ. “OYO telah memperkenalkan VaccinAid di Malaysia, seiring dengan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN) diperkenalkan Kerajaan dalam meningkatkan keyakinan pelancong serta menghidupkan semula industri ...
Pelitup muka antimikrob khusus untuk kanak-kanak
i-Sihat

Pelitup muka antimikrob khusus untuk kanak-kanak

Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan bahawa kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak terus meningkat sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021 dan Berita Harian baru-baru ini juga turut melaporkan 47 kanak-kanak di negara ini meninggal disebabkan wabak sama. Pastikan anak memakai pelitup muka apabila mahu melakukan aktiviti di luar rumah. Justeru, tindakan paling utama bagi memastikan anak terhindar daripada sebarang ancaman berkaitan wabak sejagat itu ialah memastikan anak memakai pelitup muka setiap kali melangkah keluar dari kediaman. Pelitup  muka Active Mask Jr dan Air Mask Jr 2.0 keluaran syarikat sosial teknologi Oura (Oura) dari Amerika Syarkat ini sesuai untuk memastikan anak terpelihara daripada tersedut habuk atau elemen yang tidak diingini. Oura adalah pelitup muka...
Imuniti jadikan hidup lebih aktif
i-Sihat

Imuniti jadikan hidup lebih aktif

Imuniti badan penting untuk memastikan badan kekal cergas dan sihat walau apa jua situasi semasa dihadapi terutama pada musim pandemik Covid-19 ini. Dr Kent Woo berkongsi maklumat mengenai imuniti pada majlis pelancaran kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda. Bagi individu dewasa langkah awal dan paling mudah yang boleh dilakukan ialah memastikan diri mengambil makanan berkhasiat dan cukup tidur. Perunding Perubatan yang juga Pakar Alergi dan Imunologi Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur, Dr Kent Woo Chee Keen berkata, setiap individu perlu memastikan badan memiliki daya tahan untuk mengelak dihidapi pelbagai penyakit. “Apabila tahap imuniti merosot seiring peningkatan usia, daya tahan kita semakin lemah menyebabkan badan manusia lebih terdedah kepada jangkitan da...
Atasi Dermatitis Atopik dengan Relizema Dermarel
i-Sihat

Atasi Dermatitis Atopik dengan Relizema Dermarel

Dermatitis Atopik (DA) atau Ekzema Atopik adalah penyakit kronik yang penghidapnya lebih 20 peratus adalah kanak-kanak dan 8 peratus orang dewasa di seluruh dunia. Jumlah global yang dianggarkan adalah sekitar 230 juta itu terus bertambah, terutamanya di Asia, Afrika dan di Eropah Barat serta sebahagian Eropah Utara. Sapuan krim mengandungi emolien boleh mengatasi keradangan dan kegatalan pada kulit. Pengurus Produk Kumpulan bagi Portfolio Respiratori, Dermatologi & Kesakitan di A Menarini Singapore Pte Ltd, Christy Phang berkata, disebabkan DA adalah satu keadaan kronik yang masih tiada penawar, rawatan perlulah dirancang secara jangka panjang dan perhatian khusus haruslah diberikan kepada aspek keselamatan jangka panjang juga. “Menerusi empat komponen utama, iaitu...