Friday, March 29

Libresse lancar V- Kebaya Edisi Terhad untuk wanita

Sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu, jenama Libresse melancarkan koleksi baharu Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad yang direka bagi mengembalikan keyakinan Zon-V melalui interpretasi moden corak Kebaya Nyonya.

Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad.

Libresse® yang terkenal dengan perjuangan dan usaha memperkasa wanita Malaysia, menggunakan corak bunga kekwa dan peony di atas kebaya yang menghias rekaan bungkusan dan pad edisi ini untuk meraikan semangat wanita Malaysia yang kekal yakin dalam usaha  menormalkan tabu berkaitan Zon-V.

Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin Vinda Malaysia, Deenie Ong, berkata Kebaya Nyonya kekal menjadi ikon pakaian tradisi disukai  wanita Malaysia dan ini memberi inspirasi kepada pihaknya untuk melancarkan koleksi edisi terhad Hari Malaysia yang turut meraikan perkembangan budaya wanita di negara kita.

“Di Libresse®, kami bercita-cita ingin mewujudkan ruang agar wanita bebas menjalani kehidupan mereka tanpa perlu risau mengenai tabu Zon-V dan usaha ini bermula dengan mengambil tahu dan menghargai Zon-V terdahulu.

“Rekaan V-Kebaya ini memberi mesej yang cukup kuat bahawa Zon-V adalah sebahagian daripada kita dan sepatutnya menjadi kebanggaan dan keyakinan kita,” katanya menerusi emel kepada Zonasuri.

Pad Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad menawarkan ciri dan kelebihan produk Libresse® yang kekal menjadi kegemaran pengguna.

Pad Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad itu menawarkan ciri dan kelebihan produk Libresse® yang sama seperti yang ada pada pad Libresse® yang kekal menjadi kegemaran pengguna.

Rekaan SecureFit™ dengan bahagian hadapan lebih lebar, tirus di tengah dan berbelah di belakang memberi padanan sempurna pada kontur badan wanita dan Deep Flow Channels (DFC) untuk penyerapan pantas.

Kedua-dua ciri daripada Libresse® itu memberikan padanan yang lebih sempurna dan penyerapan unggul untuk perlindungan terbaik serta keyakinan menyeluruh.

Pad Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad ini menawarkan ciri yang kekal menjadi kegemaran wanita.

“Kami amat mengalu-alu semua wanita bersama-sama meraikan kebanggaan kita sebagai wanita Malaysia tanpa mengambil kira perbezaan bentuk dan saiz badan, serta kepelbagaian budaya pada September ini.

“Marilah kita menormalkan tabu Zon-V secara terbuka, positif dan saling hormat-menghormati dengan menghargai keunikan tersendiri tubuh badan kita,” tambah Ong.

Pad Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad ini menawarkan ciri yang kekal menjadi kegemaran wanita.

Pad wanita edisi terhad itu ditawarkan pada harga bermula RM6.60 hingga RM18.20, boleh didapati di kedai runcit serta farmasi dan pasar raya seluruh negara dan miliki beg V-Kebaya rekaan eksklusif bagi setiap pembelian pek Big Value Libresse® V-Kebaya Tanpa Haruman (selagi stok masih ada).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *