Thursday, April 25

Pfizer lancar antibiotik baharu

Antibiotik sering diabaikan pengambilannya dan tidak mengikut saranan doktor sepenuhnya walaupun fungsinya sangat besar dalam memastikan kesihatan individu berada pada tahap memuaskan.

Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Jerusha Naidoo,

Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Jerusha Naidoo, berkata Pfizer secara rasmi melancarkan Zavicefta®, sejenis antibiotik gabungan baharu yang dihasilkan untuk merawat jangkitan serius bakteria Gram-negatif yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital, di Malaysia.

“Zavicefta® dilancarkan untuk membantu pesakit yang mengalami jangkitan serius dan dihasilkan untuk menangani bakteria Gram-negatif yang sukar dirawat, di mana banyak jenis semakin kuat rintangan terhadap antibiotik sedia ada.

“Terapi antibiotik awal yang mencukupi adalah penting bagi pesakit yang mengalami jangkitan serius bakteria Gram-negatif bagi mengelakkan pergantungan berlanjutan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan, peningkatan perbelanjaan dan kematian,” katanya dalam satu sidang media menerusi aplikasi dalam talian, baru-baru ini.

Antibiotik itu terdiri daripada gabungan ceftazidime, sejenis cephalosporin antipseudomonal generasi ketiga dan avibactam, sejenis perencat beta-lactamase. serta mempunyai profil keselamatan dan keberkesanan yang teguh.

Di Malaysia, antibiotic itu diluluskan bagi rawatan pesakit dewasa berusia 18 tahun dan ke atas yang mengalami jangkitan intra-abdomen rumit (cIAI), dengan gabungan metronidazole, jangkitan saluran kencing rumit (cUTI) termasuk pyelonephritis, serta jangkitan pneumonia di hospital (HAP), termasuk pneumonia yang berkait dengan penggunaan ventilator (VAP).

Pakar Perunding Penyakit Berjangkit dan Ketua Bahagian Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Mahiran Mustafa.

Turut hadir pada pelancaran berkenaan ialah Pakar Perunding Penyakit Berjangkit dan Ketua Bahagian Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Mahiran Mustafa dan Pakar penyakit berjangkit, Dr Asok Kurup.

Sementara itu, Datuk Dr Mahiran berkata, semua pihak berkepentingan perlu memainkan peranan masing-masing jika ingin menunjukkan hasil dalam usaha mengurangkan ancaman rintangan antimikrob ini.

“Rintangan antimikrob adalah antara ancaman terbesar bagi kesihatan dunia, memberikan impak terhadap keupayaan kita dalam merawat jangkitan serius dan menjalankan prosedur perubatan lazim.

Pakar penyakit berjangkit, Dr Asok Kurup.

“Ia juga mempengaruhi hasil usaha penjagaan kesihatan awam dan kos perubatan. Ubat-ubatan antimikrob, khasnya antibiotik, adalah antara aset perubatan yang paling berharga di dunia. Namun demikian, semakin banyak insiden rintangan jangkitan yang dilaporkan termasuk oleh bakteria Gram-negatif,” katanya.

Dr Asok turut berkongsi maklumat mengenai rintangan antibiotik  menjadi satu ancaman besar dalam sektor penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan bukan hanya di rantau ini.

Bakteria Gram-negatif khususnya kian rintang bukan sahaja terhadap antibiotik lazim tetapi juga antibiotik dengan spektrum yang meluas seperti Carbapenem. Jangkitan yang melibatkan organisma rintang pelbagai ubatan (MDRO) dikaitkan dengan kadar morbiditi, kematian dan kos yang lebih tinggi berbanding jangkitan yang mudah dirawat.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *