Thursday, December 12

Manjakan Diri Anda Dengan Bahan Alami

Minyak kelapa dara terkenal dengan manfaat kaya antioksidan dan dikatakan berupaya melambatkan proses penuaan pada kulit menyebabkan bahan berkenaan sering menjadi pilihan dalam pembuatan kosmetik.


Dermoseries diperkaya dengan bahan semula jadi seperti ekstrak soya dan kelapa dara.

DR IRMA Dermoseries (Dermoseries), turut mengambil kebaikan minyak kelapa dara dengan menjadikannya sebagai bahan utama dalam pembuatan bahan penjagaan kulit wanita.


Pengasas DR. IRMA, Dr Irma Shida Abu Samah merupakan doktor gigi bertauliah yang mempunyai sebuah klinik pergigian di Johor.

Pengasas Dermoseries, Dr Irma Shida Abu Samah berkata minyak kelapa dara dan biji soya adalah antara bahan utama dalam pembuatan bahan penjagaan kulit yang diformulasikan beliau dan tidak mengandungi bahan berbahaya seperti SLS, paraben dan pewangi.


Dermoseries Perfecting Skincare Set hadir dengan pencuci muka & pelembap 2 dalam 1 serta pelembab & pelindung matahari 2 dalam 1.

“Ekstrak minyak kelapa dara menguatkan lapisan pelindung kulit sambil memberikan lembapan optimum supaya kulit kekal halus dan lembut manakala ekstrak soya membuatkan kulit tampak segar, tidak berminyak serta mengawal tanda penuaan dengan melindungi kulit daripada sinaran matahari.

“Gabungan kedua-dua bahan ini mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit serta formulanya juga ringan dan selesa pada kulit dengan haruman semula jadi yang menenangkan,” katanya menerusi emel.

Dermoseries adalah produk penjagaan kulit tempatan bersifat vegan dan halal, sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita daripada segenap lapisan umur dan jenis kulit, terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau menderita penyakit ekzema.

Cecair Pembasmi Kuman DR. IRMA berkesan membunuh 99.99% virus dan kuman termasuk virus COVID-19.

Selain itu, Dr. Irma Skincare juga hanya menggunakan bahan mentah semula jadi yang bermutu seperti ekstrak buah-buahan, bunga dan tumbuhan yang diimport khas dari United Kingdom dan Kanada.

Rangkaian Dermoseries didatangkan dalam set dua botol yang dinamakan Dermoklin (pencuci muka dan pelembap 2 dalam 1 ) dan Dermoscreen  pula ialah pelembap dan pelindung matahari 2 dalam 1.

Selain produk penjagaan kulit, DR IRMA turut menawarkan cecair pembasmi kuman Sanitizer Super Wangi yang berkesan membunuh 99 peratus virus dan kuman termasuk virus COVID-19

Didatangkan dalam kemasan 50ml semburan yang senang dibawa dengan lima wangian eksklusif – Pretty Lovely (floral), Zesty Lemon (sitrus), Dreamcatcher (Fruity Nectar), Tutti Candy (Sweet) dan Daydream (Lavender Rose)

Produk ini boleh didapati di www.drirmashop.com, pasaraya AEON seluruh Malaysia, Coop Farmasi dan Shopee. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *