Thursday, April 25

OYO lancar VaccinAid di Malaysia

Pengambilan vaksin penting bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 sekali gus menyediakan benteng pertahanan untuk badan supaya mampu melawan virus berkenaan.

Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia & Singapura, Tan Ming Luk. Kredit Foto: Rantau Golin

Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia &Singapura, Tan Ming Luk,  berkata, selaras dengan tuntutan kerajaan yang menyediakan suntikan vaksin percuma untuk rakyat,  OYO menjalakann langkah seiring untuk memudahkan pengunjung atau pelanggan OYO menyemak status kakitangan hotel sekiranya mereka ingin menginap di situ.

“OYO telah memperkenalkan VaccinAid di Malaysia, seiring dengan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN) diperkenalkan Kerajaan dalam meningkatkan keyakinan pelancong serta menghidupkan semula industri pelancongan dan hospitaliti.

“Dengan aktiviti pelancongan domestik dibenarkan bagi individu yang lengkap menerima vaksin di negeri yang telah mencapai sekurang-kurangnya Fasa Kedua PPN, OYO terus menerajui usaha supaya kesemua kakitangan industri hospitaliti dapat menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya dalam emel kepada media.

Sehingga kini, 101 hartanah telah menyertai VaccinAid di Malaysia dengan lebih banyak pihak dijangka akan menyertai inisiatif ini memandangkan kadar vaksinasi rakyat negara ini juga kian meningkat.

Dengan VaccinAid pelanggan boleh menyemak status vaksin kakitangan OYO sebelum membuat tempahan untuk penginapan. Foto kredit: OYO Malaysia.

Menerusi VaccinAid, pengguna aplikasi OYO dapat mengetahui hotel-hotel yang mempunyai kakitangan yang telah divaksin, sama ada dos pertama mahupun kedua, ketika mereka sedang menilai pilihan penginapan semasa membuat tempahan.

Ming Luk menambah, OYO percaya bahawa keterlihatan vaksin merupakan faktor penting dalam membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pengguna apabila mereka bersedia untuk kembali melancong.

“Vaksinasi merupakan inisiatif terpenting dalam menentang penularan virus ini dan dengan vaksinasi besar-besaran giat dijalankan di seluruh negara, keterlihatan status vaksinasi pada aplikasi tersebut melalui pengakuan sukarela merupakan cara yang mudah tetapi berkesan dalam memperkukuhkan keyakinan pengguna.

“Ini juga adalah usaha kecil kami dalam menggalakkan penerimaan manfaat vaksinasi dalam kalangan tetamu, serta rakan-rakan hotel kami dan kakitangan mereka.”

OYO lancarkan VaccinAid sebagai usaha menyokong industro pelancongan pada musim pandemik. Kredit foto: OYO Malaysia.
OYO lancarkan VaccinAid sebagai usaha menyokong industro pelancongan pada musim pandemik. Kredit foto: Rantau Golin.

Ming Luk turut menjelaskan data terbaharu juga menunjukkan bahawa hartanah yang menyertai program VaccinAid merekodkan kenaikan dalam kadar penginapan sebanyak 220 peratus dan kenaikan pendapatan RevPAR sebanyak 180 peratus berbanding hartanah yang tidak tersenarai.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *