Tuesday, April 23

Imuniti jadikan hidup lebih aktif

Imuniti badan penting untuk memastikan badan kekal cergas dan sihat walau apa jua situasi semasa dihadapi terutama pada musim pandemik Covid-19 ini.

Dr Kent Woo berkongsi maklumat mengenai imuniti pada majlis pelancaran kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda.

Bagi individu dewasa langkah awal dan paling mudah yang boleh dilakukan ialah memastikan diri mengambil makanan berkhasiat dan cukup tidur.

Perunding Perubatan yang juga Pakar Alergi dan Imunologi Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur, Dr Kent Woo Chee Keen berkata, setiap individu perlu memastikan badan memiliki daya tahan untuk mengelak dihidapi pelbagai penyakit.

“Apabila tahap imuniti merosot seiring peningkatan usia, daya tahan kita semakin lemah menyebabkan badan manusia lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit.

“Menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat dan tanpa tekanan ialah antara cara terbaik untuk menguatkan sistem imun kita,” katanya pada majlis perkongsian kempen ‘Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda’ yang dilancarkan Mead Johnson Nutrition secara dalam talian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura & Vietnam, Gonzalo Balcazar.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura & Vietnam, Gonzalo Balcazar.

Kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda memperkenalkan susu berkhasiat untuk dewasa, PROVITAL Immuna Plus dengan kerjasama Watsons.

Susu berkenaan dirumus dengan tiga perlindungan imuniti daripada yis beta-glukan, selenium dan vitamin C yang membantu mengukuhkan fungsi imun badan.

Sementara itu, Gonzalo berkata Mead Johnson Nutrition berbangga memperkenalkan produk yang dipercaya berupaya membantu  rakyat Malaysia lebih sihat.

“PROVITAL Immuna Plus menawarkan sumber nutrisi kepada golongan dewasa untuk mengaktifkan dan mengukuhkan banteng pertahanan semula jadi badan mereka.

“Kempen ini juga dilancarkan untuk meningkatkan tahap kesedaran keseluruhan dan

mendidik mengenai pentingnya nutrisi dalam amalan menjaga kesihatan kita,

terutamanya untuk meningkatkan sistem imun apabila usia kita semakin lanjut,” katanya.

Provital Immuna Plus berupaya meningkatkan imuniti badan menjadikan hidup kekal cergas dan sihat.

Tinjauan dilakukan Mead Johnson Nutrition terhadap 3000 responden mendapati berlaku perubahan positif terhadap kesedaran kesihatan imuniti dalam kalangan 60 peratus rakyat Malaysia sejak pandemik, dengan 67.5 peratus responden mengambil lebih banyak produk nutrisi untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Tinjau selidik tersebut juga mendedahkan bahawa 44.5 peratus daripada responden percaya bahawa pemakanan ialah faktor penting untuk menguatkan imuniti. Ini berkait rapat dengan perubahan tingkah laku untuk membuat pilihan pemakanan lebih sihat, dengan 91.5 peratus daripada responden  memperbanyak buah dan

sayur dalam diet manakala 60 peratus telah menambah atau meningkatkan pengambilan produk nutrisi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *