Friday, April 19

PediaSure Growth Cam bantu ibu kesan anak bantut

Kajian menunjukkan bahawa 60 peratus pertumbuhan tinggi kanak-kanak berlaku pada lima tahun pertama  kehidupan.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberi perhatian apabila anak memperlihatkan sikap tidak mahu makan kerana pemakanan turut mempengaruhi pertumbuhan mereka.

Pastikan si kecil anda tidak mengalami bantut dengan PediaSure GrowthCam. Kredit foto: PediaSure.

Pengarah perubatan, perniagaan pemakanan Abbott Malaysia, Dr Nina Mazera Mohd Said, berkata pemakanan penting untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak secara sihat.

“Pertumbuhan yang perlahan bukan hanya masalah fizikal, bahkan keadaan berkenaan turut mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

“Justeru, untuk membantu ibu bapa mengenali tanda anak kekurangan zat makanan dan memastikan pertumbuhan anak berada di landasan yang betul, Abbott melancarkan PediaSure Growth Cam,  alat pengukuran ketinggian dan sumber dalam talian yang difokuskan untuk menyokong ibu bapa dan membantu anak-anak berkembang sepenuhnya,” katanya pada forum ‘Meletakkan Anak-Anak Malaysia Pada Tahap Pertumbuhan Yang Betul’, anjuran Abbot Malaysia secara dalam talian, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pakar Perunding Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil.

Dr Yong Junina Fadzil.

PediaSure Growth Cam adalah Filter Augmented Reality (AR) yang inovatif yang membolehkan ibu bapa mengukur, mengesan ketinggian anak-anak mereka hanya dalam beberapa saat dan mengukur jika mereka berada pada ketinggian yang tepat berdasarkan jantina serta usia mereka.

Sementara itu Dr Yong Junina berkata,  adalah penting bagi ibu bapa untuk memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan tidak hanya bergantung kepada susu semata-mata.

“Tanpa pemakanan yang betul, pertumbuhan kanak-kanak akan merosot atau menjadi tidak stabil seterusnya membawa kepada penyakit dan masalah perkembangan kognitif yang memberi kesan serius di kemudian hari bagi anak-anak.

“Berita baiknya adalah masalah ini dapat dicegah dengan mengatasi kekurangan zat makanan lebih awal untuk mengaktifkan semula plat pertumbuhan bagi membantu mereka mencapai potensi pertumbuhan sepenuhnya,” katanya pada majlis sama.

Tambahnya lagi, genetik menentukan tulang memanjang tetapi faktor persekitaran, terutama pemakanan, membantu kanak-kanak mencapai potensi tinggi mereka tidak kira bagaimana perbezaan geografi atau budaya.

PediaSure GrowthCam mengesan sama ada anak mengalami masalah pertumbuhan atau membesar dengan sihat. Kredit foto: PediaSure.

Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk memantau pertumbuhan anak mereka dan memastikan bahawa pemakanan harus dimanfaatkan pada peringkat awal kehidupan untuk memaksimumkan potensi di masa depan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PediaSure GrowthCam layari https://pediasure.com.my/. Ibu bapa boleh berkongsi kisah mereka mengenai perjalanan pertumbuhan anak-anak mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #RealMomsRealGrowth dan ikuti MY Abbott Cares Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *