Friday, November 15

Mondelez kongsi rahsia terapi snek

Hasil tinjauan menerusi ‘Kajian Pengguna 2021 tentang ‘Snek Bijak’dilakukan Mondelez International Malaysia (Mondelez Malaysia) mendapati 74 peratus rakyat Malaysia mengambil snek sebagai sumber mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran manakala 40 peratus lagi mengambil snek sebagai alas perut pada waktu makan.

Ketua Pemakanan Mondelēz International Southeast Asia. Lim Chain Yin, berkata amalan snek bijak tidak bermaksud individu mesti membuat pilihan antara pemakanan sihat atau mengelakkan snek.

“Konsep yang ingin kami sampaikan adalah bagaimana anda harus kunyah perlahan-lahan, menikmati setiap suapan dan tumpukan semua pancaindera anda ketika menikmati snek berkenaan,”

“Misi kami adalah bagi memperkasa dan membudayakan tabiat pengambilan snek pilihan anda yang betul sekali gus menyemai hubungan positif dengan makanan,” katanya pada forum maya anjuran Mondelēz Malaysia.

Pastikan ibu bapa memberi panduan ketika anak mengambil snek. Kredit foto: Mondelez Malaysia.

Turut hadir pada forum berkenaan ialahKetua Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Pentadbiran, Mondelēz International (Malaysia & Singapura), Raja Zalina Raja Safran dan (PhD) – Epidemiologi Pemakanan; BSc – Pemakanan & Kesihatan Komuniti, Dr. Satvinder Kaur.

Mondelez Malaysia membudayakan amalan ‘Snek Bijak’ (Mindful Snacking) dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi pendekatan tingkah laku yang memfokuskan kepada cara makan dengan niat (bersebab) dan perhatian (peka).

Snek Bijak mendorong anda menikmati hidup dengan sihat. Kredit foto: Mondelez Malaysia.

Malah pengguna juga boleh mengetahui kandungan kalori bagi setiap jumlah snek yang diambil kerana Mondelez Malaysia memperkenalkan pek pra-bungkus ‘kawalan kuantiti’ yang kurang daripada 200kkal setiap satu.

Tinjauan sama juga mendapati 68 peratus rakyat Malaysia lebih suka menikmati snek secara bersendirian manakala majoriti mendedahkan mereka lebih suka menikmati snek ketika menonton televisyen, melayari internet, ketika bekerja atau belajar.

Snek sebagai terapi. Kredit foto: Mondelez Malaysia.

Sementara itu, Dr Satvinder berkata, kepekaan individu perlu bagi memastikan mereka mengambil snek dengan seimbang pada satu-satu ketika.

 “Cuba peka kepada isyarat atau pencetus dalaman badan seperti ‘Saya lapar,’ ‘Saya teringin nak makan sesuatu yang manis, berperisa atau masam,’ ‘Saya kenyang’ dan ‘Saya sudah puas’.

“Apabila kita lebih peka kepada kehendak dan keperluan kita, kita akan dapat menjalin hubungan lebih positif dengan makanan dan bagi mencapai pemakanan seimbang, kita boleh mengamalkan beberapa kaedah termasuk BMV (Keseimbangan, Kesederhanaan, Variasi) dan Panduan ‘Pinggan Suku-Suku-Separuh,” katanya.

Kredit foto: Mondelez Malaysia.

Kongsinya lagi, amalan pemakanan dan snek yang bijak bukan sahaja dapat mencegah makan berlebihan, malah kualiti diet keseluruhan individu akan bertambah baik sekiranya mengamalkan panduan pemakanan sihat.

Panduan menarik untuk individu yang mahu mengamalkan ‘Snek Bijak’:

  • bahagikan snek kepada beberapa porsi dan simpan yang selebihnya, atau memilih porsi pra-bungkus tunggal,
  • kurangkan gangguan seperti menikmati snek sambil menonton TV, atau terikat dengan telefon atau komputer,
  • peka kepada bau dan rasa setiap suapan,
  • kunyah secara perlahan dan nikmati setiap suapan dengan sepenuhnya,
  • peka kepada tekstur snek,
  • habiskan setiap suapan sebelum suapan yang seterusnya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *