Thursday, April 25

Texas Chicken Merdeka Beats semarakkan irama Malaysia

Makan ayam, pasti teringat Texas Chicken Malaysia (Texas Chicken) yang menawarkan pelbagai menu berasaskan ayam, enak dan menyelerakan.

Texas Chicken menawarkan harga menarik untuk hari ini sahaja sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-64. Kredit foto: Texas Chicken Malaysia.

Sempena kemerdekaan negara yang ke 64, Chicken Texas bukan sahaja menawarkan hidangan ayam pada harga berpatutan, tetapi turut mempelawa rakyat Malaysia berkongsi bakat dan kretiviti dalam mencipta video muzik berasaskan irama Malaysia.

Pemangku Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, Jean Tan, berkata Texas Chicken Malaysia ingin menyemarakkan warisan Malaysia dan meraikan bakat tempatan melalui muzik, dalam kempen Merdeka Beats.

“Selama beberapa generasi, rakyat Malaysia bersatu dengan diinspirasikan oleh muzik dan seni, justeru dalam tempoh yang mencabar ini, kami ingin meraikan makna menjadi rakyat Malaysia pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Nikmati keenakan ayam Texas Chicken pada harga menarik untuk hari merdeka. Foto kredit: Texas Chicken Malaysia.

“Kami ingin menyemarakkan semangat ini dengan kempen Merdeka Beats bersempena sambutan Kemerdekaan, tatkala kita bersatu menyokong antara satu sama lain dan meraikan persamaan dalam identiti Malaysia kita,” kata Jean.

Dalam kempen Merdeka Beats, rakyat Malaysia yang berbakat dapat menonjolkan kemampuan muzik mereka dalam peraduan, sementara yang lain juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, menghayati muzik hebat dan menikmati sajian istimewa.

Merdeka Beats mengalu-alukan rakyat Malaysia menghasilkan video perpaduan mereka sendiri dengan memaparkan latar belakang pelbagai peristiwa bersejarah dari tahun 1957 sehingga kini yang mana video muzik asal disediakan Texas Chicken di  laman YouTube Texas Chicken https://www.youtube.com/c/TexasChickenMalaysiaChannel.

Peserta perlu mempersembahkan nyanyian semula dengan memilih bahagian kegemaran daripada lagu disediakan penganjur dan memuat naik video yang dihasilkan di media sosial dari 2 hingga 30 September 2021.

10 pemenang akan menerima baucar tunai Texas Chicken bernilai RM100 setiap satu.

Sementara itu, singgah di mana-mana cawangan Texas Chicken Malaysia pada 31 Ogos 2021 atau log masuk ke Shopee melalui telefon bimbit anda untuk mendapatkan baucar khas yang membolehkan anda membeli set dua ketul ayam dan minuman pada harga RM7.99 sahaja.

Nikmati keenakan ayam Texas Chicken pada harga menarik untuk hari merdeka. Foto kredit: Texas Chicken Malaysia.

Tiada had bagi jumlah set yang boleh dipesan di restoran, tetapi setiap pengguna hanya boleh membeli empat baucar maksimum melalui Shopee, yang boleh ditebus di mana-mana restoran Texas Chicken di seluruh negara dari 2 hingga 15 September 2021.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen Merdeka Beats, layari akaun Instagram dan Facebook Texas Chicken Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *