Friday, March 29

Pelitup muka antimikrob khusus untuk kanak-kanak

Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan bahawa kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak terus meningkat sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021 dan Berita Harian baru-baru ini juga turut melaporkan 47 kanak-kanak di negara ini meninggal disebabkan wabak sama.

Pastikan anak memakai pelitup muka apabila mahu keluar dari rumah.
Pastikan anak memakai pelitup muka apabila mahu melakukan aktiviti di luar rumah.

Justeru, tindakan paling utama bagi memastikan anak terhindar daripada sebarang ancaman berkaitan wabak sejagat itu ialah memastikan anak memakai pelitup muka setiap kali melangkah keluar dari kediaman.

Pelitup  muka Active Mask Jr dan Air Mask Jr 2.0 keluaran syarikat sosial teknologi Oura (Oura) dari Amerika Syarkat ini sesuai untuk memastikan anak terpelihara daripada tersedut habuk atau elemen yang tidak diingini.

Oura adalah pelitup muka antimikrob dan bersifat sanitasi kendiri.

Oura adalah pelitup muka antimikrob dan bersifat sanitasi kendiri serta mempunyai keupayaan membunuh kuman selain kebolehnafasan yang tiada tandingannya.

Pelitup muka berkenaan juga  berupaya menapis 90 peratus partikel bakteria ataupun virus dan diperbuat daripada tiga lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun rapi.

Lebih menyakinkan, bahannya turut disematkan dengan partikel oksida perak dan titanium dioksida secara kekal agar menapis serta membunuh kuman dan patogen.

Pelitup muka OURA Jr direka bentuk bagi memastikan kanak-kanak boleh menikmati pengalaman yang selamat tanpa tekanan ketika mereka bergerak aktif.

Digabungkan pada tahap molekul, kesemua bahan tersebut mengekalkan ciri sanitasi kendiri mereka walaupun selepas dicuci ratusan kali dan fabrik ultra-ringan itu juga  berupaya menyerap lembapan yang 30 peratus lebih ringan berbanding fabrik biasa.

Selain daripada itu, pelitup muka OURA Jr direka bentuk bagi menghapuskan molekul dan bakteria yang menjadi punca bau busuk, memastikan kanak-kanak boleh menikmati pengalaman yang selamat tanpa tekanan ketika mereka bergerak aktif.

Paling penting, pelitup muka itu menepati garis panduan ditetapkan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat kerana menutup rapi bahagian tepi muka dan mempunyai klip hidung boleh laras yang menghalang udara keluar daripada bahagian atas pelitup muka itu.

Bagi memastikan anak selesa, pilih pelitup muka yang tepat untuk mereka.

Kini, lebih penting berbanding sebelumnya, untuk memastikan bahawa anda memilih pelitup muka yang tepat untuk anak-anak anda. Kedua-dua pelitup muka itu  boleh dibeli di laman sesawang ouragami.com.my atau di Shopee atau Lazada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *